Pelajar Cedera Lepas Piramid Manusia 10 Tingkat Runtuh

Offline
10-03-2015, 07:33 AM,
#1



resimresim

Tokyo: Enam pelajar cedera selepas piramid manusia membabitkan 150 daripada mereka ‘runtuh’ ketika membuat persembahan.

Kejadian di Yao City yang sempat dirakam menunjukkan pelajar terakhir memanjat ke kedudukan paling atas sambil membawa bendera Jepun.

Bagaimanapun, sebaik tiba di atas piramid 10 ‘tingkat’ itu, pelajar berkenaan dapat dilihat terhuyung-hayang.

Dia tetap cuba berdiri, tetapi rakan-rakan di bawah mula nampak tidak stabil.

Sebaik saja pelajar terakhir itu berdiri, seluruh piramid itu runtuh dan jeritan penonton lain juga dapat didengar dalam rakaman berkenaan.

Seorang pelajar retak tangan manakala lima cedera.

Kecederaan akibat piramid manusia seperti ini kerap berlaku di Jepun, malah 6,500 direkodkan pada 2012 termasuk seorang pelajar yang mengalami kerosakan tulang belakang.

Namun, aksi akrobatik ini tetap menjadi sebahagian daripada kurikulum di kebanyakan sekolah di Jepun dan kerap diamalkan terutama untuk kelas gimnastik. - Metro

Possibly Related Threads...
Culik Faralysa: Pelajar Politeknik Disyaki Balas Dendam, Ibu Mangsa Warden Asrama
2 Terbunuh Perodua Axia Jatuh Terjunam Dari Tingkat 4 Di Genting Highlands
Pemuda Sakit Mental Campak Peti Sejuk Dari Tingkat 13
Gadis Ditetak Teman Lelaki Lepas Cemburu Ada Lelaki Lain
Budak Hilang Dilarikan Lepas Rumah Diceroboh, Sudah Ditemui
Abang Putus Tangan Ditembak Adik Lepas Syak Jalin Hubungan Dengan Isterinya
Potong Tak Lepas, Myvi Remuk Tinggal Separuh Bertembung Lori
Cikgu Patah Jari Lepas Pelajar Hayun Kerusi Di Melaka
Adik Maut, Kakak Kritikal Lepas Disengat Tebuan Di Dungun
Gara-gara Dikatakan Sombong, Pelajar Kolej Teruk Dibelasah 20 Senior



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 383
Pelajar Cedera Lepas Piramid Manusia 10 Tingkat Runtuh
sukawg
98685
Forum Jump: