Pelajar Maut Terkena Bilah Mesin Rumput Di Padang Sekolah

Offline
02-13-2018, 12:53 PM,
#1
resim
Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun maut manakala dua rakan cedera akibat terkena bilah mesin rumput di sebuah sekolah di Gemas, Negeri Sembilan, jam 10 pagi tadi.

resim
Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput.

resim
Pelajar lelaki turut mengalami kecederaan.

GEMAS - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang sedang menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Manakala, dua lagi pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

“Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi. - Sinar

Possibly Related Threads...
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
13 Maut Helikopter Jatuh Terhempas Atas Van Di Mexico
Penunggang Y15 Maut Rempuh Kereta Tiba-tiba Buat Pusingan U



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Pelajar Maut Terkena Bilah Mesin Rumput Di Padang Sekolah
sukawg
115833
Forum Jump: