Pelajar Patah Kaki Gara-gara Bergurau Buat Rakan Marah

Offline
08-22-2017, 04:14 PM,
#1
resim
Mangsa sedang dirawat di HTJ - Foto Sinar Online

SEREMBAN - Gurauan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Senawang di sini,  memakan diri apabila mengundang kemarahan rakannya sehingga berlaku pergelutan.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, menyebabkan pelajar terbabit patah kaki kiri dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.

Timbalan Ketua Polis Dearah Seremban, Superitendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.03 petang selepas kakak mangsa berusia 43 tahun membuat laporan polis .

“Berdasarkan laporan dibuat, pengadu (kakak mangsa) memberitahu adik lelakinya mengalami patah kaki akibat perbuatan salah seorang pelajar dari kelas yang sama.

“Mangsa memberitahu ketika di dalam kelas, dia telah bergurau dengan seorang rakan. Namun gurauannya itu menyebabkan rakannya marah walaupun mangsa telah pun meminta maaf,”katanya.

Bagaimanapun katanya, rakannya masih tidak berpuas hati dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

Sulizmie Affendy berkata, pihak sekolah kemudian menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga.

“Doktor mengesahkan mangsa patah tulang kaki. Suspek telah dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dilakukan dengan menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Pelajar Hentak Kepala Cikgu Dengan Batu Ketika Sedang Solat
Marah Dikejutkan Tidur, Lelaki Pukul Kepala Anak Isteri
Tahfiz Dibakar: Suspek Datang Semula Ke Lokasi, Buat-buat Tanya
Tahfiz Dibakar: Putus Urat Jari Ketika Selamatkan Pelajar
Tahfiz Dibakar: Suspek Pernah Dibuang Sekolah, Kata Rakan
Pelajar Tahfiz Cedera Ditendang, Dirotan 2 Guru
Terduduk Kesakitan Kaki Terperosok Dalam Tandas Duduk
Anak Dipukul Hingga Patah Kaki, Cikgu Kata Perkara Biasa Budak-budak Sekarang
Lelaki Mental Buat 91 Repot Polis Dakwa Jandanya Sudah Mati
Bapa Dipenjara 10 Tahun Pukul Anak Sampai Patah Kaki



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 42
Pelajar Patah Kaki Gara-gara Bergurau Buat Rakan Marah
sukawg
112140
Forum Jump: