Pelajar Politeknik Pd Larikan Anak Warden Akan Didakwa Esok

Offline
08-22-2017, 03:00 PM,
#1
Suspek didakwa esok, berdepan 100 tahun penjara
Turut cuba larikan seorang gadis lain pada 13 Ogos



resim
resim
Zainudin (tengah) menunjukkan senjata yang digunakan suspek untuk mengugut bunuh mangsa jika melarikan diri.

PORT DICKSON - Suspek utama kes melarikan seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun 14 Ogos lalu di kediaman keluarganya di kuaters kakitangan Politeknik Port Dickson akan dituduh di Mahkamah Seremban esok dan bakal berhadapan hukuman berat boleh menjangkau lebih 100 tahun penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, suspek utama berusia 21 tahun itu yang juga seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Port Dickson akan di tuduh sebanyak lapan pertuduhan.

"Tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 jika sabit kesalahan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan dihukum dengan sebatan bagi setiap pertuduhan.

"Tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 jika sabit kesalahan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan dihukum dengan sebatan bagi setiap pertuduhan.

"Satu pertuduhan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh dan dikenakan denda.

"Dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi setahun dan denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya," katanya.

Zainudin berkata, suspek utama bersama sepupunya berusia 18 tahun ditahan polis di sebuah pasar raya di Seremban pada 15 Ogos dan keesokannya seorang lagi suspek juga sepupu suspek utama di tahan polis dirumahnya di Taman Markosa Seremban.

"Siasatan polis mendapati suspek utama telah melakukan serangan seksual ke atas mangsa dan turut mengeluarkan ugutan bunuh jika melarikan diri.

"Sehari sebelum kejadian, 13 Ogos sekitar jam 3 pagi suspek utama juga didapati cuba melarikan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Telok Kemang berusia 17 tahun dengan cara menekup mulut mangsa ketika tidur di asrama dengan cecair pencuci mozek untuk dijadikan mangsa seksual dan gagal selepas rakan mangsa menyedari kejadian itu," katanya.

Zainudin berkata, kanak-kanak perempuan itu sepanjang dilarikan telah disorok di rumah suspek utama di Bandar Springhill.

"Ketika kejadian, suspek tinggal berseorangan memandangkan ibu dan ayahnya ke luar negara.

"Mangsa disorokkan hampir 16 jam dengan diikat kedua-dua tangan di kerusi , mulutnya juga diikat dengan kain dan hanya diberi makan sekali," katanya.

Terdahulu seorang kanak-kanak hilang dari rumahnya dan disedari ibunya ketika mahu mengejutkannya bangun ke sekolah.

Susulan itu, laporan polis di buat dan gerakan mencari dilakukan pihak berkuasa.

Namun sekitar jam 9 malam hari yang sama kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan oleh suspek berhampiran pondok kawalan utama Politeknik Port Dickson. - Sinar

Possibly Related Threads...
Pelajar Hentak Kepala Cikgu Dengan Batu Ketika Sedang Solat
Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Anak Anggota Polis
Tahfiz Dibakar: Ibu Bapa Suspek Juga Mungkin Didakwa
Sumbat Bayi Dalam Tangki Tandas, Gadis Ipt Didakwa Bunuh
Lelaki Berselipar Larikan Rm600,000 Dari Bilik Kebal Bank Di Damansara
Marah Dikejutkan Tidur, Lelaki Pukul Kepala Anak Isteri
Tahfiz Dibakar: Putus Urat Jari Ketika Selamatkan Pelajar
Pelajar Tahfiz Cedera Ditendang, Dirotan 2 Guru
Tetak Ketika Gantung Daging Jualan Aidiladha, Lelaki Didakwa Membunuh
Anak Dipukul Hingga Patah Kaki, Cikgu Kata Perkara Biasa Budak-budak Sekarang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 43
Pelajar Politeknik Pd Larikan Anak Warden Akan Didakwa Esok
sukawg
112139
Forum Jump: