Pelajar Sekolah Sambut Hari Jadi Bersama 103 Biji Kek

Online
11-20-2017, 10:48 AM,
#1
resim
Kek pelbagai saiz dan reka bentuk mewarnai Sambutan Hari Lahir di SK Ampangan.

resim
Abu Ubaidah (belakang, kiri) memotong setiap kek bersama pelajar.

SEREMBAN - Sebanyak 103 biji kek dalam pelbagai saiz dan reka bentuk mewarnai Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Sambutan Hari Lahir di Sekolah Kebangsaan (SK) Ampangan, di sini, baru-baru ini.

Penyelaras program, Azlina Mohd Noor berkata, kesemua kek berkenaan dibawa oleh pelajar dalam kalangan tahun satu hingga enam yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober, November dan Disember.

Menurutnya, majlis berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 1 petang itu bertambah menarik apabila diserikan lagi dengan kehadiran Adun Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza yang memotong setiap kek bersama pelajar.

“Sebenarnya kami tidak sangka dapat sambutan yang cukup menggalakkan terutama daripada ibu bapa, memandangkan cuaca sering hujan sebelah pagi sejak kebelakangan ini.

“Keadaan ini mungkin menyukarkan anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah sambil membawa kek.

“Sebab itu kami jangka cuma dapat kumpul lebih kurang 80 kek saja pada awalnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azlina, jangkaan mereka ternyata meleset apabila jumlah kek diterima jauh lebih banyak walaupun pelajar tidak diwajibkan untuk berbuat demikian.

“Ini menunjukkan betapa ibu bapa bersemangat untuk terlibat sama, walaupun sekadar melalui sumbangan kek hari lahir.

“Mereka mahu kegembiraan itu dikongsi bersama rakan sekolah anak masing-masing, terutama bagi yang tidak pernah sambut hari lahir beramai-ramai,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Azlina, tahun satu dan 3 Bestari merupakan jumlah yang paling ramai membawa kek iaitu 10 biji.

“Kita tidak tetapkan sebarang saiz atau reka bentuk pada kek yang hendak dibawa. Cuma temanya berdasarkan kartun atau adiwira.

“Selain sesi potong kek beramai-ramai, ada juga persembahan badut, pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian beragam,” katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Teknik Couching, Tolak Lensa Mata Ke Dalam Untuk Rawat Katarak Berisiko Jadi Buta
Gara-gara Salah Kira, Penduduk Pekan Kempunan Mahu Sambut Ulang Tahun Ke 150
7 Makanan Ini Akan Jadi Racun Jika Dipanaskan Semula
Video Batman Bersama Budak Pelarian Dipilih Yang Terbaik
Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Rm10 Hingga Rm20
Hani Kongsi Kisah Seksanya Jadi Menantu Bukan Pilihan
Baru Dibuka, Rawang Bypass Sudah Jadi Mangsa Vandalisme
Sangka Bayi Sudah Keluar, Rupanya Jadi Batu Dalam Perut Selama 15 Tahun
Wanita Bedah Wajah Mahu Jadi Angelina Jolie, Hasilnya Menakutkan
Jadi Duta Pelancongan Malaysia, Suarez Dibayar Rm7.5 Juta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 50
Pelajar Sekolah Sambut Hari Jadi Bersama 103 Biji Kek
sukawg
113776
Forum Jump: