Pelajar Universiti Dikecam Manja Minta Dukung Enggan Kaki Kena Air

Offline
06-17-2017, 02:47 PM,
#1
resim
SEORANG tukang cuci mendukung pelajar untuk melintasi kawasan banjir manakala beberapa pelajar lain menunggu giliran. - SCMP

BEIJING: Sekumpulan pelajar kolej digelar sebagai manja dan dikecam teruk oleh netizen selepas gambar mereka didukung oleh seorang tukang cuci untuk melintasi banjir tersebar.

Gambar itu diambil di Kolej Liupanshui Normal di daerah Guizhou pada Khamis selepas kawasan itu dilanda hujan lebat, China News Service melaporkan.

Jalan di kampus ditenggelami air dan kawasan itu diletakkan bangku untuk memudahkan pelajar menyeberangi lokasi banjir.

Namun tindakan mereka meminta bantuan tukang cuci untuk mendukung mereka dan melintasi kawasan banjir ternyata mendapat kecaman ramai.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan diangkat oleh tukang cuci yang sama.

Ramai pengguna internet mengatakan pelajar-pelajar itu terlalu manja dan sepatutnya melindungi diri mereka sendiri.

Ada juga yang menggelar mereka sebagai ‘bayi gergasi’, perkataan yang digunakan untuk menerangkan anak yang bergantung pada ibu bapanya untuk melakukan segala-galanya.

“Mereka sangat manja. Air itu hanya paras buku lali.

"Jika kanak-kanak, tidak apa berbuat demikian tetapi ini pelajar universiti, saya tidak faham mengapa!” komen seorang pengguna laman sosial. – South China Morning Post/MStar

Possibly Related Threads...
Tahfiz Terbakar: Jenazah 11 Pelajar Tahfiz Selamat Dikebumikan
Pengedar Dadah Minta Ampun Melutut Depan Ibu Lepas Dijatuh Hukuman Mati
Hermes Dikecam Jual Batu Penindih Kertas Berharga Rm3,500
Pelajar Dilarang Masuk Kelas Kerana Rambut Terlalu Pendek
Wanita Dengan Pengunci Stereng Mengamuk Tayar Kena Kunci
Geng Kunyit Minta Doktor Keluarkan Cawan Dalam Dubur
Penagih Internet Sanggup Pakai Lampin Enggan Tinggalkan Komputer
Datuk Shamsubahrin Tak Kisah Dikecam Dedah Anak Jadi Gro
Cikgu Sekarang Mahu Senang, Enggan Dihantar Ke Kawasan Pedalaman
Wanita Derita Kaki Membesar Selepas Bersalin



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 76
Pelajar Universiti Dikecam Manja Minta Dukung Enggan Kaki Kena Air
sukawg
110932
Forum Jump: