Pemain Badminton Negara Disiasat Bwf Terlibat Atur Perlawanan

Offline
02-13-2018, 11:46 AM,
#1
resim
PERSEKUTUAN Badminton Dunia mula memantau pergerakan pemain profesional negara itu selepas kegiatan mengatur perlawanannya semakin ketara.

KUALA LUMPUR: Sukan badminton negara digemparkan dengan dakwaan seorang pemain profesional sedang disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terbabit dengan skandal mengatur perlawanan.

Menurut sumber, BWF sudah menggantung sementara pemain berusia lingkungan 20-an terbabit bulan lalu daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga siasatan selesai.

Sumber berkata badan induk badminton dunia itu mula memantau pergerakan pemain yang kali terakhir menyertai kejohanan antarabangsa di negara jiran sejak Februari tahun lalu dan tindakan penggantungan diambil awal tahun ini selepas kegiatan mengatur perlawanan semakin ketara.

"BWF sudah memanggil pemain terbabit untuk siasatan lanjut hujung tahun lalu. Badan induk badminton dunia itu kini dikatakan mempunyai bukti mencukupi untuk membuat dakwaan ke atas pemain itu termasuk hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbitnya.

"Daripada telefon bimbitnya itu, BWF mendapati ada kandungan mesej dalam aplikasi Whatsapp yang menjurus kepada kegiatan mengatur perlawanan," kata sumber berkenaan ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, sumber itu, berkata BWF akan mengadakan sesi sebutan kes di Singapura hujung bulan ini, bagi membolehkan pemain terbabit membela diri terhadap dakwaan mengatur perlawanan.

Difahamkan, BWF mula mengesyaki kegiatan tidak bermoral pemain terbabit berdasarkan gaya hidupnya yang dikatakan mewah.

Malah, berita mengenai skandal membabitkan pemain berkenaan turut menjadi bahan bualan dalam arena badminton tanah air kebelakangan ini.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai ketika dihubungi mengenai dakwaan ke atas pemain negara berkenaan bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

"Saya tidak boleh komen kerana ini dakwaan yang serius. Saya minta maaf," kata Chin Chai.

Kes ini adalah yang pertama membabitkan pemain Malaysia yang didakwa terbabit dengan skandal mengatur perlawanan dalam siasatan BWF.

Mengikut peraturan ditetapkan BWF, mana-mana pemain didapati bersalah terbabit dengan skandal mengatur perlawanan boleh dikenakan penggantungan seumur hidup. - BHarian

Possibly Related Threads...
Bookie Tawar Rm100,000 Untuk Atur Final Piala Malaysia
2 Pemain Sarawak, Bookie Ditahan Atur Perlawanan
Badminton: Lumayan, Bookie Sogok Minimum Rm20,000 Satu Perlawanan
Malaysia Dalam Kategori Negara Hebat, Kata Menteri
Honda Civic Type R Pemain Kedah Hilang
Norhana, Juruterbang Helikopter Wanita Pertama Negara
Jururawat Disiasat Lepas Selfie Dengan Pesakit Sedang Nazak
Jadi Kudung, Cacat Angkara Bekerja Di Negara K-pop
Cikgu Di Sarawak Disiasat Kerana Hina Islam Di Facebook
Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 32
Pemain Badminton Negara Disiasat Bwf Terlibat Atur Perlawanan
sukawg
115829
Forum Jump: