Pemandu Mengantuk Didenda Rm7,000 Langgar Suami Isteri Hingga Maut

Offline
12-12-2017, 03:46 PM,
#1
resim
Apek mengantuk didenda RM7,000. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kontraktor didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini akibat memandu keretanya dalam keadaan mengantuk lalu terbabas dan melanggar pasangan suami isteri sehingga maut, lapan tahun lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Yap Kim Sing, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas perbuatannya itu.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh didakwa memandu kereta jenis Proton Persona tanpa pertimbangan munasabah  sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal yang ditunggangi Muhammad Salim Ahmad, 20, dan dibonceng isterinya Rahimah Abdul Rahim, 21.

Yap dituduh melakukan kesalahan itu di simpang lampu isyarat Jalan Lembah Jaya Selatan, Hulu Langat, di sini pada 3.45 pagi, 19 Julai 2009 mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara 12 bulan.

Mengikut fakta kes, Kim Sing yang memandu kenderaannya dari arah Hulu Langat telah gagal mengawal kenderaannya dan melanggar motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu ketika mangsa berada di persimpangan lampu isyarat Lembah Jaya menghala ke Bukit Belacan.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, hasil siasatan lanjut mendapati Kim Sing memandu kenderaannya dalam keadaan mengantuk.

Ketika rayuan Kim Sing yang tidak diwakili peguam  memohon hukuman ringan dikenakan terhadapnya kerana dia perlu menyara kedua ibu bapanya yang sudah tua.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira tertuduh telah melakukan kesalahan serius kerana menyebabkan berlakunya kemalangan maut dan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati. - Bernama/Sinar

Possibly Related Threads...
Marahkan Isteri Enggan Pulang, Lelaki Bakar Rumah Mertua Di Sabah
Pelumba Cub Prix Pasukan Yy Pang Maut Kemalangan
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Gadis Cantik Patah Kedua-dua Bahu Lepas Langgar Lembu
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 40
Pemandu Mengantuk Didenda Rm7,000 Langgar Suami Isteri Hingga Maut
sukawg
114285
Forum Jump: