Pemandu Myvi Langgar Lari Dipukul Orang Ramai Di Puchong

Offline
01-21-2018, 11:42 PM,
#1







resim
Lelaki yang didakwa terbabit dalam kejadian langgar lari turut buat laporan barang miliknya hilang.

Pemandu Myvi buat repot polis lepas dipukul

PUCHONG - Lelaki didakwa terbabit dalam kes langgar lari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), dekat Batu 13, Subang Jaya, 7 malam semalam sehingga video dia dipukul dan cedera di muka tular di laman sosial membuat laporan polis.


Lelaki berusia 39 tahun itu bukan saja membuat laporan polis kerana dipukul, malah membuat laporan, barang miliknya, antaranya telefon pintar, Smart Tag, dompet, dokumen peribadi dan kunci kenderaan serta kunci rumah di dalam kereta Myvinya, hilang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, siasatan awal dilakukan mendapati kejadian berlaku berpunca daripada tindakan pengadu yang melanggar motosikal Honda Wave menyebabkan penunggang motosikal cedera di rusuk.

“Susulan kejadian itu dia dikejar orang awam sebelum dipukul di tepi jalan sehingga cedera.

“Malah barangan milik lelaki itu antaranya telefon pintar, Smart Tag, dompet, dokumen peribadi dan kunci kenderaan serta kunci rumah turut hilang.

“Polis akan mengenal pasti dan mengesan suspek serta saksi awam di dalam rakaman video ketika kejadian yang tular di media sosial terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihaknya turut menerima laporan daripada pihak penunggang motosikal terbabit dan mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Serdang.

“Siasatan berhubung kemalangan itu turut dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Gadis Cantik Patah Kedua-dua Bahu Lepas Langgar Lembu
Tak Sempat Lari, Lelaki Patah Kedua Kaki Dihempap Pokok Yang Ditebang
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
Ditikam Potong Barisan, Nenek Kesal Orang Ramai Cuma Tengok Tak Bantu
Audi Dipandu Penagih Dadah Terbalik Cuba Lari Sekatan Polis
Langgar Penunggang Motosikal Hingga Maut, Rupanya Bapa Sendiri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 38
Pemandu Myvi Langgar Lari Dipukul Orang Ramai Di Puchong
sukawg
115307
Forum Jump: