Pemandu Tidur Di Lorong Kecemasan Maut Dirempuh Lori Tangki

Offline
11-13-2017, 11:28 PM,
#1
resim
KEADAAN kereta R Nadasingam yang maut selepas kenderaannya yang diparkir di lorong kecemasan dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer (KM) 182 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. - Foto ihsan bomba

BAGAN SERAI: Seorang lelaki maut apabila kenderaannya yang diletakkan di lorong kecemasan, dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer (KM) 182 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dipercayai maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya akibat rempuhan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Abdul Nasir Jalil, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.57 petang berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota diketuai Penolong Bomba Kanan II, Nasir Wahab, kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, seorang lelaki ditemui dipercayai tercampak keluar dari keretanya akibat dirempuh lori tangki.

"Mangsa, R Nadasingam, berusia 55 tahun dan berasal dari Kamunting disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas paramedik dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam, mangsa yang memandu kenderaan jenis PROTON Wira Aeroback, dipercayai berhenti di lorong kecemasan dan tidur di tempat duduk penumpang sebelum dirempuh lori terbabit.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BHarian

Possibly Related Threads...
Pemuda Tunggang Ninja 250 Maut, Brek Mengejut Sebelum Terbalik
Lelaki Mati Serta-merta Dihempap Tangki Dedak Ayam
Bayi Maut Terjatuh Dari Katil Ketika Tidur Di Jempol
Anggota Polis Maut Bmw Z4 Langgar Papan Iklan
Berang Kena Tinggal Lepas Ke Tandas, Penumpang Kejar Bas Sebelum Tikam Pemandu
Keluarga Hidup Dalam Ketakutan Rumah Sudah Dirempuh 20 Kali
Cikgu Mrsm Maut Myvi Dipandu Rempuh Pokok Sawit
Pemandu Pecut Ke Balai Elak Disamun 2 Lelaki Berparang
Pelumba Kereta Drag Berusia 8 Tahun Maut Nahas Di Litar
Guru Sekolah Memandu Maut Kereta Dipandu Terbabas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 67
Pemandu Tidur Di Lorong Kecemasan Maut Dirempuh Lori Tangki
sukawg
113631
Forum Jump: