Pembancuh Air Didakwa Hantar Gambar Lucah Melalui Whatsapp

Offline
08-23-2017, 12:19 PM,
#1
resim
NADZRI MD. NOH, 37, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun. - UTUSAN

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Seorang pembancuh air dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas lima tuduhan menghantar gambar lucah kepada seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp, tiga tahun lalu.

Walau bagaimanapun tertuduh, Nadzri Md. Noh, 37, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Bagi semua pertuduhan, dia yang bekerja di sebuah kedai makan di Pontian didakwa dengan secara sedar memuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah termasuk gambar alat kemaluannya menggunakan perkhidmatan aplikasi itu menerusi talian 012-7617918 dengan niat untuk menyakitkan hati pengadu.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 1.05 petang, 29 Disember hingga 1.49 pagi, 31 Disember 2014.

Hakim membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jamin sebanyak RM3,000 yang ditawarkan Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria dan menetapkan 13 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - Utusan

Possibly Related Threads...
Cabul Gadis Kolej Dalam Myvi, Pemandu Grabcar Didakwa
Lelaki Lembam Didakwa Hisap Burung Dalam Tandas
Lelaki Dipenjara 30 Bulan Hantar Sms Lucah Kepada Cikgu
Pemuda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri
Penjual Burger Didakwa Perkosa 2 Anak Gadisnya
Perisik Didakwa Cabul Sepupu Isteri Sendiri
Bomoh Wechat Perkosa Pesakit Didakwa Hari Ini
Datuk Didakwa Liwat Cucu Saudara Di Tempat Letak Kereta
Banduan Didakwa Perkosa Gadis Di Gelanggang Tenis Hingga Lahirkan Bayi
Pengurus Syarikat Didakwa Rogol Anak Teman Wanita Di Kajang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 106
Pembancuh Air Didakwa Hantar Gambar Lucah Melalui Whatsapp
sukawg
112152
Forum Jump: