Pembentukan Imej Wajah Dikatakan Lelaki Pertama Takluk Gunung Kinabalu

Offline
06-08-2015, 02:00 PM,
#1
resim
Pembentukan imej yang dikatakan wajah seorang lelaki Dusun menjadi viral di media sosial.

KUNDASANG, 8 Jun: Suatu pembentukan di permukaan Gunung Kinabalu selepas dilanda gempa baru-baru ini dikatakan menyerupai Datuk Gunting Lagadan yang merupakan lelaki pertama menakluki gunung berkenaan.

Etnik Dusun merupakan salah satu antara 70 etnik di Sabah.

Sebuah rumah persinggahan juga dinamakan sempena namanya sebagai penghormatan.

Imej yang terbentuk di permukaan gunung berkenaan dikatakan adalah Aki Nabalu yang mana ia merupakan nama gunung itu dalam bahasa Dusun.

Foto pembentukan imej dan Lagadan itu telah menjadi viral dan tersebar di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

Komuniti Kadazan Dusun Murut (KDM) percaya bahawa semangat nenek moyang mereka mendiami kawasan berbatu di puncak Gunung Kinabalu.

Menurut cerita rakyat tempatan, Aki Nabalu yang membawa maksud ‘tempat yang dihormati orang mati’, adalah merupakan kisah daripada seorang isteri yang bertukar menjadi batu setelah menunggu kepulangan suaminya.

Malah, ada yang mengatakan ia adalah raja gergasi dan ia masih belum ‘terjaga’ sehinggalah pada pagi Jumaat di mana gempa bermagnitud 5.9 melanda kebanyakan tempat di Sabah.

Ramai juga yang menyalahkan sekumpulan pelancong daripada Eropah yang berkelakuan kurang sopan dengan berbogel di Gunung Kinabalu yang mana ia menjadi tempat suci bagi rakyat Sabah.

Sekumpulan 10 pelancong yang dipercayai dua daripadanya adalah warga Kanada, dua warga Belanda dan seroang warga Jerman berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 29 Mei lalu.

Dalam kejadian gempa itu, daripada 187 pendaki, 16 kematian direkodkan manakala dua lagi masih belum dapat dipastikan.

Possibly Related Threads...
Viral Rakaman Lelaki Hanyut Dalam Banjir
Melawat Berdekatan Gunung Berapi Amat Mengujakan Anda Semua
Banjir Lumpur Di Kaki Gunung Kinabalu
Gempa Sabah: 2 Mayat Dibawa Turun Di Gunung Kinabalu
Gempa: Pendaki Dari Singapura Dikatakan Terbunuh
Gunung Berapi Sinabung Sudah Meletus
China Tutup Semua Laluan Mendaki Gunung Everest
Lelaki Mangsa Gempa Di Nepal Terselamat Minum Air Kencing Sendiri
11 Gambar Subhanallah Letupan Gunung Berapi Villarrica Dirakam Kamera Saintis
Empangan Sukhirin, Thailand Dikatakan Lepas Air Tidak Wujud



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1233
Pembentukan Imej Wajah Dikatakan Lelaki Pertama Takluk Gunung Kinabalu
sukawg
96199
Forum Jump: