Pemenang Hadiah Nobel Jadi Mangsa Troll Pakai Seluar Jeans Ketat

Offline
10-18-2017, 02:41 PM,
#1


resim
resim

MALALA Yousafzai telah memulakan kehidupannya di Universiti Oxford, tetapi menjadi sasaran hanya kerana dia dilihat memakai 'jeans', kasut but tinggi dan jaket tebal ketika minggu pertama di kampus.



Pemenang hadiah Nobel itu yang hampir maut di tangan seorang lelaki bersenjata Taliban kerana bercakap mengenai hak pendidikan wanita, telah dikritik kerana memakai seluar jeans ketat, bukan seluar panjang longgar yang biasa dipakainya sebelum ini.

Dalam sekeping gambar yang tidak dapat disahkan yang diterbitkan di Pakistan, aktivis berusia 20 tahun itu kelihatan memakai jeans mengikut potongan kaki, kasut but atas buku lali dan jaket tebal.

Jika dia berharap dapat menyelinap masuk dalam kehidupan sebagai pelajar di Oxford tanpa mahu namanya didedahkan kepada rakan-rakannya, hasratnya itu terpaksa dilupakan gara-gara pengkritik di negara asalnya, Pakistan.

Dia menjadi sasaran penyalahgunaan gambar walaupun memelihara auratnya dengan menutup rambut dengan kain 'duppata' sama seperti dilakukannya sejak dia tiba di Britain lima tahun lalu.

Satu mesej menyakitkan hati yang dipaparkan di Twitter dan diterbitkan semula dalam media Pakistan ditulis: "Itulah sebabnya peluru itu terus menyasarkan kepalanya tidak lama dahulu."

Satu lagi mesej kebencian berkata: "Lihatlah si hipokrit Malala memakai seluar! Adakah dia seorang Muslim?"

Mesej ketiga berkata: "Mahukan hadiah Nobel dan masuk ke Oxford University? Langkah 1: ditembak...begitu banyak sokongan untuk hak wanita lol."

Kata-kata pedas buat wanita muda ini yang telah menyatakan bahawa pada suatu hari dia ingin memimpin negaranya sebagai perdana menteri, menyebabkan kemarahan di kalangan penyokong.

Penyampai BBC Anita Anand memberitahu MailOnline: "Setahu saya Malala boleh memakai apa sahaja yang dia suka.

"Kritikan datang dari pihak yang paling regresif, dan saya ragu apa yang akan dilakukan untuk menyenangkan mereka.

"Saya berharap dia jangan sesekali mencuba. Semua rakan-rakan Pakistani saya bersetuju dengan sentimen itu.

"Dia seorang heroin dan menjadi contoh. Desakannya terhadap pendidikan telah membawanya ke salah satu pertubuhan pembelajaran terbaik di dunia. Dia tidak mengalah walaupun pelampau cuba menembaknya."

Seorang lagi peminat Arsalan Ahmed Jaraal dari Khyber Pakhtunkhwa, dekat sempadan Pakistan - Afghanistan berkata di Twitter: "Apa yang Malala pakai di UK, cukup biasa di Pakistan juga. Berhenti buat kecoh. Biarkan orang lain bebas menjalani kehidupan mereka." - MStar

Possibly Related Threads...
Pelajar Sekolah Sambut Hari Jadi Bersama 103 Biji Kek
Penipu Minta Dipenjara Lebih Ketat Kerana Tak Dapat Tahan Diri Menipu Lagi
Saintis Edit Dna Sendiri Untuk Jadi Lebih Kuat
Larang Pakai Tudung, 12 Hotel Antarabangsa Dikenal Pasti, Nama Akan Didedah
Gadis Jual Nasi Ayam Bakar Jadi Viral, Tapi Tunangan Orang
Lelaki Pakai Kostum Pengebom Berani Mati Didenda Rm400
Nelayan Indonesia Jadi Jutawan Jual Muntah Paus
Malang Pencuri Tertinggal Iphone Dengan Pin Kod 0000, Jadi Bahan Di Facebook
Billboard Terbalik Di Lebuhraya Jadi Viral
Kucing Liar Jadi Suspek Kes Cubaan Bunuh Di Jepun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 50
Pemenang Hadiah Nobel Jadi Mangsa Troll Pakai Seluar Jeans Ketat
sukawg
113371
Forum Jump: