Pemilik Note 7 Boleh Dapat Bayaran Balik Atau Tukar Baru

Offline
10-12-2016, 03:00 PM,
#1


resim

PETALING JAYA: Pemilik pra-pesanan Samsung Galaxy Note 7 boleh memilih untuk mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar kepada telefon jenama Samsung yang lain.



Menerusi kenyataan pada Rabu, Samsung Malaysia menggesa pemilik Samsung Galaxy Note 7 untuk segera mematikan peranti mereka.

"Selaras dengan itu pilihan untuk bayaran balik atau penukaran kepada Samsung Galaxy S7edge disediakan kepada pemilik pesanan awal dengan syarat mereka mengembalikan Samsung Galaxy Note7 mereka sewajarnya," kata kenyataan itu.

"Pemilik pra-pesanan dijangka akan dihubungi mulai 13 Oktober 2016 oleh bahagian Khidmat Pelanggan Samsung, pengendali rangkaian mudah alih yang berkaitan atau rakan kongsi runcit yang mengambil bahagian dalam program pembayaran balik atau pertukaran itu," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799.

Samsung Electronics pada Selasa menarik balik dan menghentikan penjualan Samsung Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan kebimbangan masalah keselamatan yang berterusan. - MStar

Possibly Related Threads...
Samsung Jual Semula Note 7 Yang Diubah Suai
Telefon Pintar Kini Boleh Uji Kualiti Sperma Lelaki
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Samsung Umum Keputusan Siasatan Note 7 Meletup Bulan Ini
Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150
Garis Panduan Pelanggan Samsung Galaxy Note 7
Kes Pertama Samsung Note 7 Meletup Di Malaysia?
Samsung Galaxy Note 7 Berasap Di Restoran
Pengeluaran Galaxy Note 7 Digantung



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 291
Pemilik Note 7 Boleh Dapat Bayaran Balik Atau Tukar Baru
sukawg
105172
Forum Jump: