Pemilik Restoran Ditahan Hidangkan Babi Berjanggut

Offline
11-14-2017, 10:50 PM,
#1
resim
Daging rusa ditemui di belakang sebuah lori yang ditahan anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah di Jalan Tawau-Kalabakan di Tawau. - Foto Ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan seorang pemilik restoran di Batu 2, Jalan Bubul, Semporna selepas didapati menyediakan hidangan haiwan dilindungi tanpa permit, kelmarin.

Lelaki tempatan itu ditahan sepasukan anggota Unit Penguatkuasaan Jabatan Hidupan Liar Sabah, susulan maklumat berhubung penjualan hidangan eksotik terbabit.

Ketika serbuan, anggota penguat kuasa menemui daging babi berjanggut, musang, tenggiling dan musang civet dalam peti sejuk di restoran berkenaan.

Pemeriksaan di kawasan sekitar premis terbabit turut menemui dua ekor biawak hidup dan dua ular sawa batik hidup di dalam sangkar, kedua-duanya spesies dilindungi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata pemilik restoran terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 41 (2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

"Serbuan ini adalah susulan daripada operasi di beberapa kawasan di pantai timur Sabah sejak kita melancarkan operasi mengesan pemburu penyu di Semporna," katanya menerusi kenyataan, di sini, malam ini.

Dalam operasi berasingan, Augustine berkata, pihaknya menahan tiga lelaki di Jalan Tawau-Kalabakan di Tawau, semalam, kerana didapati membawa daging rusa tanpa permit.

"Ketiga-tiga lelaki berusia 34 tahun hingga 61 tahun itu ditahan selepas anggota Unit Penguatkuasaan Jabatan Hidupan Liar memeriksa dua kenderaan di jalan berkenaan," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Bayi Ditahan Selama 5 Bulan Dibebas Lepas Ibu Bayar Bil Hospital
2 Pemain Sarawak, Bookie Ditahan Atur Perlawanan
Pemilik Berang 4 Ekor Lembu Dibiar Berkeliaran Ditangkap Penguatkuasa
Terpaksa Tutup Restoran Gara-gara Viral Caj Mahal
Pilot Sukhoi Russia Yang Jatuh Ditembak Letupkan Diri Sendiri Elak Ditahan
Pemilik Rumah Tergamam Dapat Penyewa Paling Kotor Di Britain
Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed Dibebaskan Lepas Lebih 2 Bulan Ditahan
Pemilik Sedia Serah Proton Saga Kepada Keluarga Pencipta Nama
Pemilik, Pengurus Syarikat Pelaburan Kucing Imadi Pet Ditahan
Pencuri Saman Pemilik Kedai Lepas Cedera Ketika Menyamun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 68
Pemilik Restoran Ditahan Hidangkan Babi Berjanggut
sukawg
113654
Forum Jump: