Pemuda Derita Luka Di Kaki 10 Tahun Tak Sembuh

Offline
12-23-2014, 09:01 AM,
#1
resim
Nasir (kanan) dan Surena (kiri) ketika melawat Pok Long di Flat Buluh Kubu, semalam.

KOTA BHARU - Derita luka di kaki yang ditanggung seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) lembam sejak 10 tahun lalu memerlukan rawatan.

Mohd Khairi Basri, 26, atau lebih mesra dipanggil Pok Long itu luka pada betis kirinya sepanjang kira-kira 15 sentimeter (cm) dengan lebar 10 cm serta kedalaman menghampiri tulang.

Menceritakan kembali bagaimana dia mendapat luka tersebut, bapanya, Basri Yaacob berkata, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu berusia 16 tahun terjatuh ke dalam longkang di rumah mereka di Flat Buluh Kubu, di sini.

“Semasa jatuh, luka hanya sebesar duit 50 sen, namun makin hari, makin melarat, berair dan membesar sehingga hampir menampakkan tulang,” katanya.

Mohd Khairi menerima kunjungan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah dan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan seharian dan wang tunai.

Menurutnya, dia cuba untuk merawat luka terbabit dengan menyapu ubat, bagaimanapun Pok Long membasuh kesan ubat tersebut kerana berasa melekit dan tidak selesa. Begitu juga apabila dibalut, Pok Long akan membuka balutan luka itu.

“Dia OKU dan tidak mampu nak berfikir dengan baik. Saya sudah banyak kali sapukan ubat tetapi dibuangnya. Apabila luka itu menjadi berkuping, Pok Long mula merasa gatal dan mengutis kuping tersebut,” katanya.

Katanya, dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli ubat lebih baik atau yang dapat memulihkan luka itu dengan cepat kerana dia sendiri tidak bekerja berikutan menghidap penyakit Tibi.

Selain itu, dia turut menjaga seorang lagi anak yang juga OKU, Fatin Noraini, 20, serta isteri, Fatimah Kamaruddin, 45, yang buta.

Possibly Related Threads...
Nenek Lumpuh Bergantung Sepenuhnya Pada Cucu 4 Tahun Di Penang
Kakitangan Jpj Derita Tiada Mata, Tempurung Kepala Akibat Kemalangan
Nor Insyirah, Bayi Usia Sebulan Derita Kepala Membesar
Mohon Bantuan Adik Aishah Sofea Derita Ketumbuhan Dalam Mulut
Ibu Wariskan Semua Harta Demi Anak Bawa Padah, Ditinggalkan Sejak 3 Tahun Lepas
Derita Budak 2 Tahun Perut Besar Tembikai
Nenek 100 Tahun Hidup Serba Daif Di Kampung Nelayan Teluk Bahang
Ibu Kurung Anak Sejak 11 Tahun Lalu
Adik Derita Tak Ada Punggung
[hmetroonlinesetmpt]_30 Tahun Tidur Di Kaki Lima



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 652
Pemuda Derita Luka Di Kaki 10 Tahun Tak Sembuh
sukawg
91623
Forum Jump: