Pencipta Nama Proton Saga Meninggal Dunia

Online
01-13-2018, 06:12 PM,
#1
resim
KERATAN akhbar menunjukkan Ismail menerima hadiah PROTON Saga selepas diumumkan pemenang menamakan kereta kebangsaan pada 1985.

resim
resim

SUNGAI PETANI: Bekas tentera yang mencipta nama PROTON Saga, kereta nasional pertama negara, meninggal dunia akibat sakit tua.

Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar, 71, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Nuri kira-kira jam 3.10 petang semalam, selepas 51 hari terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Ismail dikenali sebagai 'Staf Sarjan PROTON' ketika berkhidmat di Markas 2 Div di Pulau Pinang, selepas memenangi pertandingan mencipta nama kereta kebangsaan itu.

Anaknya, Mohd Sarisffuddin, 48, berkata bapanya itu dimasukan ke HSAH selepas pulang mengerjakan ibadat haji pada November tahun lalu, akibat sakit jantung, kencing manis serta asma dan dibenarkan pulang Khamis lalu selepas 51 hari dirawat.

Bagaimanapun, katanya, pagi semalam keadaan bapanya kembali teruk sehinggalah tenat dan meninggal dunia kira-kira jam 3.10 petang di sisi isteri, Sariah Abdul Rahman, 69 dan anak-anak.

"Kami sekeluarga reda dengan kehendak Allah. Arwah ayah sakit sudah lama, lebih lapan tahun. Malah, semasa mengerjakan ibadah haji tahun lalu, arwah turut dimasukkan ke hospital di Makkah.

"Saya dan keluarga bersyukur kerana arwah ayah dapat menunaikan segala kewajipannya di Makkah dan arwah seorang ayah yang bertanggungjawab, baik dan sukar dicari ganti," katanya.

Mohd Sarisffuddin berkata, jenazah arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Amanjaya di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Katanya, arwah pernah menyatakan hasrat supaya mencari semula kereta Proton SAGA yang diterima sebagai hadiah pada 1985.

"Kereta itu dijual kerana ketika itu arwah memerlukan wang untuk dua adik yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti.

"Saya dan adik sudah mencari kereta itu dan dipercayai berada sekitar Pendang," katanya.

Proton SAGA ialah model pertama syarikat automotif pertama Malaysia, iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore dan ia dibangunkan di Shah Alam pada 1985.

Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara diadakan dan Ismail diumumkan sebagai pemenang pada 1985, iaitu dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatan dalam tentera.

Nama PROTON Saga yang dihantar Ismail menewaskan ribuan penyertaan lain, membolehkannya menerima hadiah kereta PROTON Saga 1.3. - BHarian

Possibly Related Threads...
Lelaki Gilakan Bas Mainan, Jadi Pengumpul Terbanyak Di Dunia
Pensyarah Meninggal Dunia Lepas Bayar Tol Di Lpt2
Pemilik Sedia Serah Proton Saga Kepada Keluarga Pencipta Nama
Bayi Perlu Makan 108 Pil Sehari Meninggal Dunia
Babi Paling Hodoh Di Dunia Berjaya Dirakam
Nama Saya Sembunyi, Panggil Sem
Putera Mahkota Saudi Beli Istana Termahal Di Dunia Bernilai Rm1.2 Bilion
Luncur Air Terpanjang Di Dunia Di Teluk Bahang, Sepanjang 1 Km!
Pakar Bedah Didakwa Kerana Ukir Nama Sendiri Pada Hati Pesakit
Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia
Online
01-13-2018, 06:38 PM,
#2
ISTERI Allahyarham Ismail Jaafar, Tariah Abd Rahman sedih melihat gambar kenangan bersama suaminya semasa ditemui di rumahnya di Taman Nuri, Sungai Petani, Kedah hari ini.

resim
resim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 39
Pencipta Nama Proton Saga Meninggal Dunia
sukawg
115081
Forum Jump: