Pencuri Saman Pemilik Kedai Lepas Cedera Ketika Menyamun

Online
01-11-2018, 07:07 AM,
#1
resim
Imej menunjukkan kedai Centra milik Victory di Kingscourt, daerah Cavan, Ireland.

resim

CAVAN, Ireland – Seorang pencuri memfailkan saman ke atas pemilik sebuah kedai di bandar Kingscourt di sini selepas dia mengalami kecederaan pada skrotum semasa melakukan jenayah pecah masuk di premis berkenaan.

Pemilik premis itu, Kevin Victory berkata, dia menerima sepucuk surat daripada peguam yang mewakili pencuri itu yang menuntut pampasan disebabkan klien beliau mengalami kecederaan ketika berada di dalam kedainya.

Menurut laporan, tiga lelaki menggunakan tukul untuk memecah masuk ke dalam kedai Centra milik Victory pada November 2015. Bagaimanapun, rompakan itu gagal selepas mereka ditahan polis.

Salah seorang suspek cedera pada skrotum sewaktu cuba melarikan diri daripada polis. Lelaki itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan. Semua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

Victory memberitahu stesen RTE Radio One bahawa kumpulan pencuri itu menyebabkan kerosakan bernilai €3,000 (RM14,400) di kedainya selain merosakkan televisyen litar tertutup yang merakam kejadian jenayah itu. – Agensi/Kosmo

Possibly Related Threads...
Terharu Lihat Warga Emas Peluk Kucing Lepas Rumah Musnah Terbakar
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa
Pensyarah Meninggal Dunia Lepas Bayar Tol Di Lpt2
Cuaca Sejuk Baju Tak Kering, Kedai Dobi Jadi Tumpuan Warga Kota
Pemilik Sedia Serah Proton Saga Kepada Keluarga Pencipta Nama
Ustaz Rugi Rm500,000 Lepas Ditawar Harta Karun Dibawa 7 Unta
Lepas Sejuk Macam Korea, Kuala Pilah Kini Kembali Panas
Gedung Pakaian H&m Diserang Lepas Keluarkan Iklan Rasis
Pemilik, Pengurus Syarikat Pelaburan Kucing Imadi Pet Ditahan
Cuma Tinggal Satu Rumah, Pemilik Pindah Jika Dapat Pampasan Rm20 Juta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 35
Pencuri Saman Pemilik Kedai Lepas Cedera Ketika Menyamun
sukawg
115030
Forum Jump: