Penduduk Aceh Gempar Penemuan Daging Kalimah Allah

Offline
10-03-2015, 07:58 AM,
#1
resim

BANDA ACEH - Penduduk Banda Aceh di Kampung Baro gempar dengan penemuan daging korban yang tertera padanya kalimah Allah baru-baru ini.

Portal berita merdeka.com melaporkan, daging istimewa itu ditemui ketika penduduk kampung sedang mengagihkan daging korban kepada mereka yang berkenaan pada 25 September lalu.

Penemuan daging yang tertera kalimah Allah itu mula ditemui pemiliknya dan cerita penemuan itu hanya dimaklumkan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat, namun ia mula tersebar setelah berita unik itu turut dikongsi beberapa daerah lain yang mengalami fenomena yang sama.

Seorang saksi, Fani menyedari daging korbannya tertera kalimah Allah ketika dia mahu memasaknya.

“Ketika daging dipotong, saya terkejut melihat ada tulisan kalimah Allah pada daging itu,” katanya.

Tambahnya, dia telah memotong daging itu kepada 14 potongan dan ia disimpan di dalam peti sejuk.

“Orang pertama yang menemui daging berkalimah Allah itu ialah Fani, lalu dia menyimpannya dan memberitahu penemuannya itu kepada rakan-rakan. Dia kagum dengan penemuan tersebut,” kata Ketua Dusun Jeumpa, Kampung Baro, Banda Aceh yang dikenali sebagai Rasam.

Salah seorang peserta korban, Wardiah berkata, setelah mengetahui penemuan daging kalimah Allah itu, dia bertindak menghubungi Fani dan meminta sebahagian hirisan daging tersebut untuk disimpan.

“Saya diberi sekeping hirisan daging istimewa itu. Saya menjemurnya hingga kering dan saya simpan dalam plastik, manakala daging milik Fani disimpan dalam peti sejuk,” katanya yang mendakwa lembu korban kepada daging unik itu kelihatan tidak melawan dan menurut perintah sehingga ia disembelih. - Utusan

Possibly Related Threads...
Penduduk Berpesta Tahi Lembu Untuk Cuci Dosa Di India
Gempar Buih Misteri Di Rembau, Cuma Buih Sabun
Gempar Jenazah Timbul Lepas Sebulan Dikebumikan
Penduduk Kampung Disaman Rm2 Juta Bina Jalan Tanpa Izin
Sangkar Pecah, Penduduk Tak Lepas Peluang Kail Ikan Terlepas
Penduduk Kampung Sudah Bosan 20 Tahun Diganggu Lalat
Infografik Kes Ratah Darah Daging Sendiri Di Malaysia Sepanjang 2017
Penduduk Malaysia Kini Seramai 32.2 Juta Orang
Bihun Sup Daging Segenggam Cuma Rm5
Kalimah Allah Pada Pakaian Pahlawan Viking



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 439
Penduduk Aceh Gempar Penemuan Daging Kalimah Allah
sukawg
98687
Forum Jump: