Penduduk Kampung Disaman Rm2 Juta Bina Jalan Tanpa Izin

Offline
11-14-2017, 10:18 PM,
#1
resim

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif meminta kerajaan negeri memberi perhatian segera masalah yang dihadapi penduduk Kampung Bukit Damar, dekat sini.

Menurutnya, sebelum ini penduduk di situ ada mengemukakan usul supaya kerajaan negeri membina jalan masuk ke kampung itu, tetapi tidak mendapat perhatian menyebabkan mereka mengusahakan atas inisiatif sendiri.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu menimbulkan rasa tidak puas hati sebuah syarikat pemaju di situ yang kemudian membuat tuntutan sebanyak RM2 juta dari penduduk dengan alasan kerja membina jalan itu dibuat tanpa kebenaran pihaknya.

“Walaupun terdapat cadangan dari kerajaan negeri untuk menaiktaraf jalan Bukit Damar, tetapi sehingga kini projek itu tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Sekarang masalah besar membelenggu penduduk apabila syarikat pemaju mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah RM2 juta dari penduduk kerana membina jalan masuk ke kampung tanpa kebenaran,” katanya pada sidang DUN di sini, hari ini.

Kampung Bukit Damar terletak di antara Cyberjaya ke pekan Dengkil dan di kawasan yang dimiliki oleh Setia Haruman Sdn. Bhd.

Shahrum berharap, kerajaan negeri melalui PBT atau JKR dapat menyelesaikan perkara itu seperti berunding dengan penduduk agar pertikaian itu tidak berlarutan.

“Penduduk sudah membina rumah di kawasan tersebut, tetapi masalah asas iaitu jalan masuk ke situ masih lagi menjadi pertikaian. Kalau boleh pihak PBT menjadi perunding cara untuk menyelesaikan masalah penduduk di Bukit Damar ini,” katanya. - MG

Possibly Related Threads...
Gadis Ini Tetap Ligat Biarpun Tanpa Sebelah Kaki
Penduduk Terkejut Jumpa Ular Sawa Gergasi Di Pasir Gudang
Jepun Hasilkan Kereta Elektrik Terpantas Berharga Rm16 Juta
Penduduk Berpesta Tangkap Ikan, Udang Galah ' Mabuk'
Polis Terkejut Pengemis Boleh Jadi Jutawan, Temui Rm3 Juta Wang Tunai
Misteri Sampah Tiba-tiba Banyak Berlonggok Di Tepi Jalan
Penduduk Pecahkan Kubur Lepas Dengar Jeritan, Temui Kesan Mayat Cuba Keluar
Robin Hood Moden, Rompak Klinik, Culik Jururawat Untuk Suntik Vaksin Penduduk Miskin
Argentina Tawar Rm17 Juta Cari Kapal Selam Yang Meletup
Di India, Wanita Sanggup Mengemis Demi Bina Tandas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 82
Penduduk Kampung Disaman Rm2 Juta Bina Jalan Tanpa Izin
sukawg
113651
Forum Jump: