Penduduk Kampung Disaman Rm2 Juta Bina Jalan Tanpa Izin

Offline
11-14-2017, 10:18 PM,
#1
resim

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif meminta kerajaan negeri memberi perhatian segera masalah yang dihadapi penduduk Kampung Bukit Damar, dekat sini.

Menurutnya, sebelum ini penduduk di situ ada mengemukakan usul supaya kerajaan negeri membina jalan masuk ke kampung itu, tetapi tidak mendapat perhatian menyebabkan mereka mengusahakan atas inisiatif sendiri.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu menimbulkan rasa tidak puas hati sebuah syarikat pemaju di situ yang kemudian membuat tuntutan sebanyak RM2 juta dari penduduk dengan alasan kerja membina jalan itu dibuat tanpa kebenaran pihaknya.

“Walaupun terdapat cadangan dari kerajaan negeri untuk menaiktaraf jalan Bukit Damar, tetapi sehingga kini projek itu tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Sekarang masalah besar membelenggu penduduk apabila syarikat pemaju mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah RM2 juta dari penduduk kerana membina jalan masuk ke kampung tanpa kebenaran,” katanya pada sidang DUN di sini, hari ini.

Kampung Bukit Damar terletak di antara Cyberjaya ke pekan Dengkil dan di kawasan yang dimiliki oleh Setia Haruman Sdn. Bhd.

Shahrum berharap, kerajaan negeri melalui PBT atau JKR dapat menyelesaikan perkara itu seperti berunding dengan penduduk agar pertikaian itu tidak berlarutan.

“Penduduk sudah membina rumah di kawasan tersebut, tetapi masalah asas iaitu jalan masuk ke situ masih lagi menjadi pertikaian. Kalau boleh pihak PBT menjadi perunding cara untuk menyelesaikan masalah penduduk di Bukit Damar ini,” katanya. - MG

Possibly Related Threads...
Penduduk Zimbabwe Berpesta Lepas Mugabe Letak Jawatan
Dbkl Belanja Rm3 Juta Hanya Untuk Cabut Iklan Ahlong
Perancis Tak Benarkan Orang Islam Solat Jumaat Atas Jalan
Penduduk Berpesta Tahi Lembu Untuk Cuci Dosa Di India
Ahli Politik Indonesia Terlibat Rasuah Rm700 Juta Buat-buat Sakit Elak Disiasat
Kereta F1 Dipandu Michael Schumacher Dilelong Rm31.2 Juta
Durian Kampung Tak Sesuai Jual Timbang
Berlian Terbesar Bakal Dilelong Rm104 Juta Di Geneva
46 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual Serendah Rm32,000
Sangkar Pecah, Penduduk Tak Lepas Peluang Kail Ikan Terlepas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
Penduduk Kampung Disaman Rm2 Juta Bina Jalan Tanpa Izin
sukawg
113651
Forum Jump: