Penduduk Kampung Malu Pakaian Dalam Digantung Di Tengah Jalan

Offline
01-07-2018, 03:42 PM,
#1
resim
Pakaian dalam yang digantung di tengah jalan di Kampung Batu 2.

GUA MUSANG - Penduduk Kampung Batu 2 di sini kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuat 'pameran percuma' menggantung pakaian dalam penduduk di tengah jalan, pagi ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 40, berkata, penduduk kampung marah dan malu dengan kejadian yang berlaku di kampung mereka.

“Pada pukul 7 pagi ini, penduduk mula menyedari pakaian dalam tergantung merentasi jalan kampung.

"Saya ketika itu mahu menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Muhammad Fakhry Petra terkejut melihat pakaian dalam yang tidak diketahui pemiliknya disidai pada tali. Kami merasakan perkara itu sangat memalukan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata, sebelum ini pernah berlaku perkara sedemikian dan sehingga kini tidak dapat mengesan individu yang melakukan perkara itu.

"Mungkin orang yang melakukan itu mempunyai masalah mental atau di bawah pengaruh dadah.

"Selepas ini kami perlu berhati-hati kerana bimbang pakaian dalam dicuri dan dipertontonkan kepada umum," katanya. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Terbabas Dalam Longkang Selepas 'kantoi' Berasmara Dalam Kereta
Cikgu Wanita Dicekup Dalam Keadaan Aib Dengan Pelajar
Pemain Bola Didenda Ramas Pemain Lawan Dalam Padang
Lelaki Didakwa Bersandar Pada Badan Wanita Dalam Lrt
Pakcik Tua Ditahan Perkosa Anak Saudara Sendiri Dalam Kereta
Wanita Mengamuk Diraba Ketika Sedang Tidur Dalam Pesawat
Polis Serbu Pesta Seks Ikut Jalan Belakang Di Indonesia
Abang Didakwa Cabul Adik Sendiri Dalam Tandas
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas
Pasangan Dirakam Bercumbu Dalam Tren Ktm



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 126
Penduduk Kampung Malu Pakaian Dalam Digantung Di Tengah Jalan
sukawg
114976
Forum Jump: