Penduduk Kuala Pilah Alami Sejuk Luar Biasa, 21 Darjah Celsius

Online
01-13-2018, 05:45 PM,
#1
Penduduk Kuala Pilah alami sejuk luar biasa


resim
Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah iaitu 21 darjah Celcius.

KUALA PILAH - Penurunan suhu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah iaitu 21 darjah Celcius, menjadi fenomena luar biasa bagi penduduk di kawasan itu meskipun sebelum ini mereka sudah terbiasa dengan cuaca sejuk berbanding kawasan lain.

Seorang suri rumah Norizan Mahadi, 58, yang menetap di Taman Seri Ulu Bendul, Kuala Pilah sejak 17 tahun lalu berkata, keadaan sejuk di kawasan ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan kediamannya berdekatan dengan gunung, namun fenomena sejuk yang berlaku sejak empat hari lepas, ternyata agak luar biasa. 

“Cuaca sejuk sejak empat hari lepas merupakan pengalaman pertama sejak saya menetap di sini sehingga tidak perlu memasang kipas di siang hari.

"Ketika waktu malam pula, suhu lebih sejuk berbanding waktu siang dan dinginnya terasa seakan berada didalam peti ais,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, pemandu teksi Md. Tahir Md. Derus, 46, berkata, keadaan berkabus di sekitar kawasan Kuala Pilah pada kali ini adalah luar biasa apabila bukan bersifat sementara sebaliknya kabus sepanjang masa. - Bernama/Kosmo

Possibly Related Threads...
Cuaca Sejuk Baju Tak Kering, Kedai Dobi Jadi Tumpuan Warga Kota
Suhu Di Kelantan 20 Darjah Celsius Hari Ini
Lepas Sejuk Macam Korea, Kuala Pilah Kini Kembali Panas
Penduduk Hawaii Bertempiaran Lari Gara-gara Amaran Diserang Peluru Berpandu
Sejuk Dah Macam Korea, Kata Orang Kuala Pilah
Kera Pun Dipakaikan Selimut Akibat Cuaca Sejuk
Presiden Singapura Jalan-jalan Di Kl Macam Orang Biasa
Bebola Api Misteri Dilangit Gemparkan Penduduk Di Colombia
Cameron Highlands Catat Suhu Paling Sejuk Di Malaysia
Penduduk Gempar Keranda Misteri Ditinggalkan Atas Jalan Di Tawau



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 25
Penduduk Kuala Pilah Alami Sejuk Luar Biasa, 21 Darjah Celsius
sukawg
115077
Forum Jump: