Penduduk Kutip Lepas Sangka Tahi Bintang, Rupanya Najis Beku Jatuh Dari Langit

Offline
01-23-2018, 12:18 AM,
#1
resim
resim
KETULAN seberat 12 kilogram disangka tahi bintang. FOTO Daily Mail / Polis Gurgaon

INDIA - Najis beku seberat hampir 12 kilogram (kg) dipercayai jatuh dari pesawat di perkampungan di India mengejutkan orang ramai dengan ada yang mengambil cebisannya kerana disangka tahi bintang.

Kejadian berlaku di Fazilpur Badli, Gurgaon, Sabtu lalu apabila ketulan ais besar berkenaan terhempas pada awal pagi.

Bagaimanapun, ujian dijalankan pihak berkuasa mengesahkan ia sekadar najis kemungkinan dari pesawat.

Pegawai tempatan, Vivek Kalia berkata: “Objek itu terhempas dan menghasilkan bunyi kuat menyebabkan orang ramai lari keluar dari rumah untuk melihat apa berlaku.

“Ada penduduk menyangka ia objek dari angkasa lepas. Ramai yang membawa pulang cebisannya kerana disangka batu angkasa,” katanya.

Bahan buangan dari pesawat selalunya disimpan dalam tangki khas sehingga kapal terbang mendarat sebelum ia dikosongkan. Bagaimanapun, kebocoran tangki boleh berlaku. - Metro

Possibly Related Threads...
Angkasawan Tersalah Dail Nombor Ketika Buat Panggilan Dari Angkasa
Cahaya Biru Didakwa Ufo Gemparkan Penduduk Miami
Satelit Nasa Mungkin Jatuh Di Malaysia
Planet Musytari Boleh Kelihatan Di Langit Malaysia Malam Ini Lepas Isyak
3 Angkasawan Iss Berlepas Balik Ke Bumi Lepas 5 Bulan Di Angkasa
Misi Satelit Gaia Buat Peta 1 Bilion Bintang
Gambar Awan Menakjubkan Diambil Dari Iss (12 Gambar)
China Hantar Tiga Angkasawan Ke Angkasa Lepas
Angkasawan Rusia Bawa Obor Olimpik Ke Angkasa Lepas
Bunyi Gempa Sampai Ke Angkasa Lepas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 68
Penduduk Kutip Lepas Sangka Tahi Bintang, Rupanya Najis Beku Jatuh Dari Langit
sukawg
115331
Forum Jump: