Penduduk Teluk Gong Berpesta Kutip Tepung Lepas Kontena Karam

Offline
06-17-2017, 02:23 PM,
#1
resim
resim

Alor Gajah: Penduduk Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, berpesta mengutip ribuan paket tepung beras dan tepung pulut yang terapung di perairan jeti nelayan di kampung terbabit, sejak 3 petang semalam.

Malah pesta itu berterusan pagi ini, selepas tepung terbabit terkeluar dari satu daripada lima kontena dipercayai dibawa kapal dagang MV Avatar yang karam di perairan Tanjung Kling tiga hari lalu, sebelum ditunda beberapa bot nelayan ke jeti terbabit kira-kira jam 9 pagi semalam.

Pemilik bot nelayan yang menunda lima kontena terbabit ke jeti Mohd Asdie Ayob, 34, berkata, beberapa botnya digunakan untuk menunda kontena terbabit dan ketika ini, kerjasama dengan sebuah syarikat kren sedang dilakukan bagi menaikkan semua kontena ke daratan.

Mohd Asdie berkata, kontena itu timbul di kira-kira 20 batu nautika dari pantai Telok Gong, dipercayai dibawa kapal dagang MV Avatar yang dalam pelayaran dari Medan ke Batam, Indonesia sebelum karam di perairan antarabangsa Tanjung Kling pada Rabu lalu, menyaksikan kapten kapal terbabit maut, manakala 14 kru terselamat. - Metro

Possibly Related Threads...
Penduduk Marawi Ada Terpaksa Makan Selimut, Kadbod Elak Kelaparan
Penduduk Dunia Cecah 9.8 Bilion Pada 2050
Bapa Kendong Mayat Anak Naik Basikal Lepas Tiada Ambulans
Nahas Hawk: Penduduk Nampak Pesawat Berasap
Nahas Hawk: Pilot Buat Tanda Pangkah, Penduduk Cuma Lambai Semula Sangka Latihan
Peluk Islam Lepas 3 Hari Berturut Mimpi Kain Putih
Profesor Makan Buku Secara Live Lepas Kalah Bertaruh
Lelaki Pakistan Dihukum Mati Lepas Hina Islam Di Facebook
Trump Hubungi Qatar Tawar Baiki Krisis Diplomatik Negara Teluk
Viral Pemandu Uber Dipukul Lepas Disyaki Cabul Amoi Vietnam



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 47
Penduduk Teluk Gong Berpesta Kutip Tepung Lepas Kontena Karam
sukawg
110930
Forum Jump: