Penduduk Zimbabwe Berpesta Lepas Mugabe Letak Jawatan

Online
11-22-2017, 07:48 AM,
#1
resim
AHLI parlimen Zimbabwe meraikan peletakan jawatan Mugabe sebagai presiden di Harare. - AFP.

resim

Harare 22 Nov. - Hon kereta dibunyikan sepanjang jalan, begitu juga orang ramai yang berpesta di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe selepas Presiden Robert Mugabe meletakkan jawatan selepas 37 tahun memerintah.

Pemimpin berusia 93 tahun itu akhirnya meletakkan jawatan selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk rampasan kuasa oleh tentera dan undi tidak percaya di parlimen.

"Kami sangat gembira akhirnya perubahan bakal berlaku,” kata Togo Ndhlalambi berusia 32 tahun.

"Kami bangun setiap pagi mengharapkan detik ini. Negara ini telah melalui situasi sangat getir.”

Selepas krisis politik yang berlarutan selama seminggu rakyat Zimbabwe meluahkan perasaan dengan pelbagai cara termasuk menarik di jalan-jalan.

"Saya gembira Mugabe letak jawatan selepas 37 pemerintahan kuku besi,” kata Tinashe Chakanetsa, 18.

Beliau berharap negara berkenaan tidak lagi ditadbir oleh seorang individu seperti sebelum ini.

"Kami memerlukan pemimpin yang dipilih rakyat. Saya berharap akan memperoleh pekerjaan selepas ekonomi negara ini pulih.” - AFP/Utusan

Possibly Related Threads...
Bapa Dakwa Anak Demam, Kena Ruam Lepas Minum Susu Enfalac Tiruan
Gara-gara Salah Kira, Penduduk Pekan Kempunan Mahu Sambut Ulang Tahun Ke 150
Badan Anak Bengkak, Kemerahan Lepas Minum Susu Tiruan
Kisah Tanggang Moden, 7 Anak Buang Ayah Lepas Kikis Harta Rm4 Juta
Wanita Parah Diserang Beruang Di Pahang 4 Tahun Lepas Masih Trauma
Lepas Potong Kena Masuk Islam Ke? Tanya Brian
Penduduk Korea Utara Hidap Penyakit Misteri Akibat Sinaran Radiasi Nuklear
Harga Bawang Naik 3 Kali Ganda Lepas India Sekat Eksport
Lebih 1,000 Penduduk Datang Mahu Lihat Batu Nisan Misteri
Amoi Malaysia Bebas Tuduhan Belanjakan Rm13 Juta Lepas Bank Tersalah Masuk



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 44
Penduduk Zimbabwe Berpesta Lepas Mugabe Letak Jawatan
sukawg
113823
Forum Jump: