Penemuan Manuskrip Al-quran Tertua Dipertikai

Offline
07-28-2015, 07:01 AM,
#1
resim
Pakar sejarah dan manuskrip menyatakan keraguan terhadap dakwaan Universiti Birmingham, baru-baru ini bahawa mereka menemui salinan al-Quran tertua di dunia.  AGENSI

MEKAH 27 Julai  -  Pakar sejarah dan manuskrip menyuarakan keraguan mereka terhadap dakwaan Universiti Birmingham, baru-baru ini bahawa mereka menemui salinan al-Quran tertua di dunia.

         Laman web Saudi Gazette memetik kenyataan seorang pakar seperti yang dilaporkan oleh Makkah Daily, semalam sebagai berkata, manuskrip berkenaan berkemungkinan besar ditulis selepas zaman Nabi Muhammad SAW, berdasarkan kepada beberapa faktor.

Pakar manuskrip, Abdul Sattar Al-Halouji berkata, berdasarkan situasi semasa, dakwaan universiti tersebut tidak lebih hanya mahu meraih publisiti.

Menurutnya, kulit haiwan yang digunakan kelihatan sudah lama, namun ayat-ayat al-Quran tersebut mungkin ditulis kemudian.

“Tidak dapat dipastikan sama ada ayat-ayat itu ditulis ketika zaman Rasulullah atau tidak. Pihak universiti sepatutnya menjalankan kajian terhadap dakwat yang digunakan dan bukannya mengkaji usia kulit haiwan.

“Ayat al-Quran itu berkemungkinan ditulis pada zaman Saidina Uthman bin Affan yang menjadi khalifah beberapa tahun selepas kewafatan baginda. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, al-Quran tidak disusun rapi seperti sekarang, selain itu tiada dakwat warna digunakan ketika itu,” jelas Abdul Sattar.

Pengetua Perpustakaan Universiti Umm Al-Qura, Adnan Al-Sharif berkata, terdapat banyak keraguan terhadap dakwaan Universiti Birmingham itu, termasuk tentang pemisahan antara ayat bismillah dengan surah.

“Salah satunya adalah dakwat merah yang digunakan untuk memisahkan antara bismillah dengan surah Mariam dan Taha. Pemisahan ini tidak berlaku pada zaman Rasulullah dan jelas sekali salinan berkenaan dihasilkan bukan pada zaman junjungan besar (masih hidup),” ujarnya.

Tambah Adnan, ujian radio karbon yang dijalankan ke atas al-Quran tersebut hanya dapat memberi maklumat tentang dekad kewujudannya dan bukan tahun penghasilannya.[/QUOTE]

Possibly Related Threads...
Jawapan Al-quran Tentang Yahudi.
8 Muka Surat Al Quran Ghaib Di Batu Pahat
Al Quran Unik Daun Nipah Diberikan Lelaki Misteri Di Surabaya
Al Quran Hidupkan Hati Yang Mati
Masjid Di India Dakwa Simpan Al-quran Terbesar Dunia
Al-quran Dipercayai Tertua Berasal Dari Mesir
Penemuan Manuskrip Al-quran Tertua
Kebenaran Al-quran; Misteri Binaan Piramid Terjawab.
Fakta - Fakta-Fakta Menarik Mengenai Al Quran
[bhariandunia]_lelaki Temui Al-quran Tertua
Offline
08-18-2015, 07:38 AM,
#2
Al-Quran dakwa ‘tertua’ diperiksa di Turki

resim

Makkah: Universiti Birmingham bersetuju menyerahkan kitab suci al-Quran yang didakwanya paling tua di dunia kepada Pusat Kajian Sejarah, Seni dan Budaya Islam di Istanbul, Turki, untuk diperiksa selanjutnya.


Universiti berkenaan mengumumkan kewujudan kitab suci itu Julai lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkannya, manuskrip itu ditulis pada zaman Nabi Muhammad (SAW), sekali gus menjadikannya yang tertua di dunia.

Sebuah akhbar di Makkah semalam memetik ketua pengarah pusat berkenaan Halit Eren sebagai berkata: “Kami akan mengkaji dengan teliti manuskrip itu dengan merujuk kepada manuskrip dan kitab yang ada untuk mengesahkan tarikh sebenar tarikh al-Quran yang disimpan di Universiti Birmingham itu.”

Menurut Halit, analisis radiokarbon yang dilakukan universiti berkenaan tidak dapat memberikan tarikh tepat, mungkin lebih atau kurang 10 tahun.

Dapatkan akhbar Harian [URL="http://www.hmetro.com.my/node/71093#sthash.rrg4kpN2.dpuf"]Metro[/URL] untuk berita selanjutnya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 1053
Penemuan Manuskrip Al-quran Tertua Dipertikai
sukawg
97257
Forum Jump: