Penganggur Bawa Bmw 3 Series Untuk Merompak Dicekup

Offline
10-02-2015, 07:32 AM,
#1
resim
SHAIKH Abdul (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan barang kemas tiruan yang dirampas.

Melaka: Kehidupan mewah seorang penganggur terbongkar apabila ditahan di kediamannya di Kampung Lapan, Bachang di sini, kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pecah rumah dan rompakan.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, jam 5 petang.

Difahamkan, suspek yang sudah berkahwin turut menggunakan sebuah kereta mewah BMW 3 Series untuk menjalankan aktiviti jenayahnya bagi mengaburi orang awam dan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang bergerak secara solo itu dipercayai menjadikan rumah tidak berpenghuni, tadika serta kedai sebagai sasaran.

Katanya, suspek dipercayai bergiat aktif menjalankan aktiviti jenayah sejak awal tahun ini dengan kes terbaru pada 21 September lalu membabitkan kes pecah masuk sebuah kedai menjual barang perhiasan wanita di Kompleks Hang Tuah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Possibly Related Threads...
Amoi Trauma Akaun Bank Miliknya Diguna Untuk 3rd Party Scam
Cikgu Di Colorado Boleh Bawa Senjata Dalam Kelas Untuk Balas Tembakan
Suspek Rogol Yang Lolos Dicekup Semula, Sempat Juga Cuba Rogol Gadis
Gadis 13 Tahun Antara Dicekup Pesta Dadah Di Bulan Ramadan
6 Pramugari Syarikat Terkemuka Dicekup Khayal Dalam Pesta Dadah Di Sepang
Penganggur Tapi Jutawan Rupanya Tokan Dadah
Penganggur Dihukum Gantung Sampai Mati Bunuh Bekas Tunang Pada 2015
Nyonya Rugi Rm117,000 Ditipu Untuk Halau Hantu Di Perak
Wanita Indon Cintai Lelaki Bangla Dicekup Sembunyi Bawah Katil
25 Lelaki, 7 Gadis Dicekup Sertai Parti Liar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 379
Penganggur Bawa Bmw 3 Series Untuk Merompak Dicekup
sukawg
98656
Forum Jump: