Penganggur Curi Duit Tabung Surau Dibelasah Orang Ramai

Offline
09-30-2015, 07:03 AM,
#1
resim

PULAU PINANG 29 Sept. – Selepas beberapa kali mencuri wang tabung di sebuah surau di Bukit Gedung, Bayan Baru di sini, seorang penganggur akhirnya berjaya ditangkap awal pagi ini.

Lebih malang, suspek berusia lewat 20-an itu turut dibelasah orang awam sehingga cedera di kepala dan badan sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek dikatakan turut menunjukkan lokasi dua tabung milik surau berkenaan yang disembunyikannya berhampiran kawasan perumahan berdekatan.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang didakwa turut menghidap sawan sebelum ini pernah ditahan polis pada 25 Januari tahun lalu kerana kesalahan mencuri di surau sama.

Katanya, suspek juga mengaku mencuri dengan cara mengopek dan membawa lari dua tabung surau yang salah satunya mempunyai wang tunai dianggarkan berjumlah RM80.

"Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu kira-kira pukul 4 pagi Isnin lalu, sebelum jemaah tiba untuk menunaikan solat subuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin ketika dihubungi memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek juga positif dadah jenis syabu.

"Suspek kini ditahan direman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," jelasnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Gara-gara Tegur Mat Rempit, Pemandu Ambulans Dibelasah, Jururawat Diterajang
Lelaki Pakai Telekung, Solat Bersama Jemaah Sebelum Curi Beg Tangan
4 Lelaki Didakwa Hari Ini Bunuh Lelaki Curi Motosikal
Lompat Atas Jemaah Sedang Sujud, Curi Dompet, Telefon Bimbit
Langkah 2 Saf Jemaah Sedang Solat Mahu Curi Beg Tangan
Pembantu Tadbir Buat Tuntutan Palsu, Sanggup Labur Duit Haram Untuk Pergi Haji
5 Maut Pusat Jagaan Orang Tua Terbakar Di Kajang
Wanita Maut Viva Dinaiki 7 Orang Terbabas
Remaja Curi Bot Berjaya Ditangkap, Diikat Pada Pokok
Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dipukul Keluarga Mertua



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 431
Penganggur Curi Duit Tabung Surau Dibelasah Orang Ramai
sukawg
98607
Forum Jump: