Pengawal Keselamatan Melecur Teruk Dibakar Rakan Dengan Petrol

Offline
02-13-2018, 01:01 PM,
#1
resim
SIASATAN lanjut mendapati mangsa sebenarnya tidak disimbah asid sebaliknya dibakar dengan sengaja oleh rakannya. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun melecur di bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan akibat disimbah petrol dan dibakar oleh rakannya Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memancing bersama sepupu dan dua rakannya pada pukul 8 malam di bawah jambatan Jalan Tun Razak berdekatan Hentian Pekeliling.

“Pada mulanya, mangsa memberitahu dia simbah asid dari atas jambatan lebih kurang pukul 9 malam dan mengakibatkan dia terjatuh ke dalam Sungai Klang dan dibawa arus hingga ke belakang bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Dia kemudian diselamatkan oleh orang ramai keesokan harinya ketika sedang berjalan mencari sepupu dan rakan-rakannya di lokasi awal mereka memancing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Shaharudin, siasatan lanjut mendapati mangsa sebenarnya tidak disimbah asid sebaliknya dibakar dengan sengaja oleh rakannya.

Jelasnya, punca kejadian adalah kerana suspek tidak puas hati dengan mangsa yang sering mabuk serta membuat kacau.

“Forensik juga telah menjumpai tompokan kesan kebakaran disyaki minyak petrol dan sisa kebakaran untuk dianalisis,” jelasnya.

Tambah Shaharudin, kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Utusan

Possibly Related Threads...
6 Sekeluarga Dikunci Dari Luar Sebelum Rumah Dibakar Ahlong Di Kajang
Anak Disambar Api Gara-gara Ibu Guna Petrol Mahu Bakar Ikan
Pemuda Rentung Dibakar Penduduk Kampung Kerana Curi Kambing
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Pencuri Motor Dengan Rela Serah Diri Lepas Tertinggal Mykad
Isteri Teruk Dibelasah Suami Hanya Kerana Keluar Bersama Adik Beradik
Pengawal Wanita Dibelasah 3 Lelaki Lepas Larang Kawan Masuk Kondo
Keluar Rumah Tanpa Izin, Suami Libas Isteri Dengan Ekor Pari
Berang Kena Ejek, Lelaki Kudung Didakwa Bunuh Rakan Baik
Wanita Diperkosa Maut Alat Sulit Dirodok Dengan Jek Kereta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 17
Pengawal Keselamatan Melecur Teruk Dibakar Rakan Dengan Petrol
sukawg
115834
Forum Jump: