Pengeluar Misil Tawar Tembak Boeing 777 Untuk Buktikan Rusia Tidak Bersalah

Offline
06-03-2015, 02:52 PM, (This post was last modified: 06-03-2015, 02:52 PM by sukawg.)
#1
resim

MOSCOW: Konglomerat pertahanan Rusia pada Selasa telah menawarkan untuk memperbuat semula insiden nahas pesawat MH17 ditembak jatuh dengan menembak sebuah lagi pesawat Boeing 777 dari udara menggunakan sistem peluru berpandu Buk.

Syarikat pengeluar misil Buk itu, Almaz-Antey percaya demonstrasi tersebut boleh membuktikan Rusia tidak bertanggungjawab di atas insiden penembakan jatuh pesawat berkenaan.

Mereka membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 telah dibedil sebuah peluru berpandu yang lebih tua usianya yang digunakan oleh Ukraine.

Mikhail Malyshevsky, penasihat kepada Pengarah Besar syarikat pembuatan tersebut, berkata dalam satu sidang akhbar bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan penilaian pada gambar bangkai pesawat yang didedahkan kepada umum, lapor AP.

Malyshevsky berkata lubang-lubang pada beberapa bahagian kapal terbang itu konsisten dengan satu contoh spesifik peluru berpandu Buk dan kepala peledaknya.

Setiap subjenis Buk tersebut dilengkapi kepala peledak dengan serpihan bom dengan bentuk yang khusus.

Variasi peluru berpandu ini hanya terdapat di kem tentera Ukraine, kata Pengarah Almaz Antey, Yan Novikov.

Novikov turut memaklumkan, Ukraine memiliki sejumlah 991 misil seumpamanya pada tahun 2005.

Novikov dipetik The Guardian sebagai berkata Almaz-Antey bersedia untuk memperbuat semula insiden nahas, “walaupun melibatkan kos yang besar”, untuk membuktikannya selain menjemput pemerhati antarabangsa untuk turut mengambil bahagian.

“Mereka mungkin akan membeli sebuah pesawat yang tidak digunakan lagi, terbangkannya menggunakan sistem pandu auto, dan kemudian menembaknya jatuh di tapak ujian ketenteraan,” kata Igor Korotchenko, seorang penganalisis pertahanan Rusia.

“Matlamatnya untuk mendapatkan semua sudut dan menunjukkan kerosakan yang dialami.”

Rusia sebelum ini menafikan mereka adalah punca pesawat malang itu terhempas dan mengorbankan 298 orang pada Julai tahun lalu.

Possibly Related Threads...
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Punca Insiden Mh17 Kerana Ukraine Tidak Tutup Ruang Udara - Moscow
Letupan Misil Tidak Bunuh Penumpang, Krew
Pengeluar Buk Russia Pertikai Hasil Siasatan Mh17
Mh17: Rusia Tolak Penubuhan Tribunal Pbb
Rusia Ubah Gambar Satelit, Tuduh Pemberontak Ukraine - Bellingcat
Bukan Sukhoi 
tembak Jatuh Mh17
Pemberontak Dedah Identiti Kapten Ukraine Tembak Mh17



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 729
Pengeluar Misil Tawar Tembak Boeing 777 Untuk Buktikan Rusia Tidak Bersalah
sukawg
96105
Forum Jump: