Penggunaan Produk Boleh Urai Ganti Plastik Dapat Respons Positif

Offline
01-15-2017, 06:18 PM,
#1
[Image: 51482313302_BebasPlastik.jpg]


Kempen bebas penggunaan produk yang tidak mesra alam seperti plastik memerlukan pendekatan kesedaran dan pendidikan jangka panjang. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Peraturan penggunaan produk jenis biodegradasi (boleh urai) bagi menggantikan plastik dan polisterin mendapat respons positif sejak dikuatkuasakan 1 Januari lepas, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Beliau berkata walaupun masih terdapat peniaga dan penjaja yang tidak menggunakan produk jenis biodegradasi namun peraturan itu masih dalam tempoh peralihan sembilan bulan sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.

"Rungutan daripada peniaga memang ada tetapi tidaklah begitu kuat. Kita menggunakan formula 3E iaitu mendidik (educate), mendekati masyarakat (engagement) dan menjalankan penguatkuasaan (enforcement).

"Sekarang penguatkuasaan yang dilakukan lebih bersifat teguran bagi mendidik masyarakat. Setakat ini, kementerian berpuas hati," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000 kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 Sept 2017.

Loga Bala berkata tindakan proaktif kementerian itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung ancaman polisterin dan plastik terhadap kesihatan, sekali gus menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi.

Pelancaran penggunaan bahan boleh urai itu disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 3 Jun 2016.

Sementara itu, Loga Bala berkata Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan itu diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb ini yang mengekalkan tema tahun lepas, 'Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera'.

Katanya pelbagai acara dirangka sempena sambutan itu antaranya Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka pada 19 Feb, pertandingan catur (11 Feb), Karnival Sukan IPT: Piala Menteri Wilayah Persekutuan (11-12 Feb), KL Fest Supercar and Autoshow (12 Feb), Wilayah International Motofest (24 Feb) dan Labuan Go Green (25 Feb).

Program kerohanian turut diadakan seperti Program Ilmiah Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Ebit Lew (3 Feb) serta acara mesra rakyat seperti Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan.

-- BERNAMA





http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penggunaan-produk-boleh-urai-ganti-plastik-dapat-respons-positif-128990


Possibly Related Threads...
Kurang Berkemampuan Bukan Alasan Halang Kanak-kanak Dapat Pendidikan - Lee Lam Thye
Petua Mudah Matematik Boleh Selesaika Masalah Yang Ramai Tak Tahu
Raba-raba Dalam Kenderaan Awam. Boleh Tak Perasan Pulak Perempuan Tu.
Sijil Pengesahan Halal Malaysia Yang Mempunyai 'kod E' Boleh Digunakan Tanpa Was Was.
Anak Ni Alahan Pada Mulut. Tak Boleh Makan.
Ganti Huruf 'm' Dalam Whatsapp Ikon Mulai Saat Ini.
Pasaraya Sabasun Produk Melayu Tganu : Dihimpit Birokrasi Tanah Parking Dan Lesen Cf
Bhdunia_lelaki Lebih Terdedah Dapat Kanser
Kosdunia_kirobo Boleh Berbual Dengan Manusia
25 orang yang perlu dapat noble price tapi tak dapat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 216
Penggunaan Produk Boleh Urai Ganti Plastik Dapat Respons Positif
Reez Ramsey
107241
Forum Jump: