Pengurus Kedai Kek Perkosa Pekerja Biarpun Sedang Haid

Offline
11-09-2017, 08:19 AM,
#1
resim
KETUA Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pengurus kedai kek dikenali sebagai Max, yang dipercayai merogol remaja berusia 17 tahun di pangsapuri di Puchong, pada 24 Oktober lalu.

Lelaki terbabit yang membawa mangsa yang juga pekerja kedai kek berkenaan ke rumahnya di Puchong Prima.

Suspek menghilangkan diri selepas mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata pihaknya menerima laporan dari mangsa dua hari selepas kejadian berkenaan.

"Pada masa ini kita sedang mengenal pasti identiti suspek berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa bagi membantu kita mengesannya dan menjalankan siasatan lanjut.

"Berdasarkan butiran diberikan, kami yakin suspek dapat diberkas dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi BH malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, suspek dilaporkan menjemput mangsa dari rumahnya di Bandar Puchong Jaya, atas urusan kerja sebelum dibawa ke rumah suspek di Puchong Prima bagi tujuan mengambil barang.

Selepas tiba di kediaman suspek, mangsa diminta masuk ke dalam rumah sebelum dipujuk untuk mengikut ke bilik tidur.

Suspek kemudian dipercayai memeluk sebelum menolaknya ke atas katil dan merogol mangsa, meskipun dia dipercayai sedang haid.

Mangsa juga turut diugut untuk tidak membocorkan perkara berkenaan kepada sesiapa. - BHarian

Possibly Related Threads...
Lelaki Ditahan Perkosa 2 Anak Jiran Sekaligus Di Kuantan
Perkosa Ramai-ramai Dalam Tandas Awam, 4 Pemuda Dipenjara 15 Tahun
Gadis Baru Bekerja Diperkosa Pengurus Kedai Kek
Suami Isteri Diburu Perkosa Gadis Di Kajang, Disyaki Lakukan Threesome
Lelaki Dipenjara 16 Tahun Perkosa Pekerja Ibu Dalam Bilik Air 2 Kali
Perkosa Kekasih Hingga Lahirkan Anak, Pemuda Dipenjara 10 Tahun
Jurulatih Renang Kebangsaan Ditahan Perkosa Atlet
Petani Muda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri 10 Kali Dalam Sebulan
Cikgu Di Sarawak Ditahan Perkosa Pelajar Sendiri Dalam Kereta
Ahli Perniagaan Tua 82 Tahun Ditahan Disyaki Perkosa Gadis



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 264
Pengurus Kedai Kek Perkosa Pekerja Biarpun Sedang Haid
sukawg
113553
Forum Jump: