Peniaga Bazar Ramadan Didenda Rm1,500 Jual Kuih Tercemar

Offline
11-13-2017, 08:35 PM,
#1
resim
Pegawai berkuasa Pejabat Kesihatan Kemaman mengambil sampel makanan untuk diuji pada Jun lalu.

KEMAMAN - Seorang peniaga bazar Ramadan Kerteh dikenakan denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah menjual kuih puteri mandi dicemari bakteria pada bulan puasa, Jun lalu.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu atas kepentingan kesihatan orang ramai setelah tertuduh, Hasnah Muhammad, 51, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku pada 13 Jun lalu selepas pegawai berkuasa dari Pejabat Kesihatan Kemaman membuat sampel ke atas beberapa sampel makanan di bazar tersebut dan menghantar ke makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Kuala Terengganu untuk dianalisis.

Keputusan yang diperolehi mendapati sampel kuih itu mengandungi staphylocci iaitu sejenis mikroorganisma pahtogenik.

Tertuduh didakwa melakukan pelanggaran di bawah peraturan 39(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan keterangan Pakar Kesihatan Awam, Dr Mohd Anuar Abd Rahman yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Staphylocci adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan makanan.

Ia boleh menghasilkan enterotoksin dan boleh membiak pada suhu tujuh hingga 48 darjah celcius.

Seseorang yang  terdedah pada jangkitan kuman itu boleh menunjukkan tanda-tanda loya, muntah, kekejangan otot dan kelesuan serta cirit-birit dalam tempoh inkubasi antara 30 minit hingga 8 jam.

Bakteria itu biasanya hadir pada kulit, hidung dan tekak serta kulit yang luka atau bernanah dan kehadiran bakteria berkenaan boleh disebabkan oleh pengendali makanan yang tidak bersih serta tidak mengamalkan tatacara pengendalian makanan yang selamat.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Mohd Suhaimi Wan Ahmad. - Sinar

Possibly Related Threads...
Gadis Jual Nasi Ayam Bakar Jadi Viral, Tapi Tunangan Orang
Lelaki Pakai Kostum Pengebom Berani Mati Didenda Rm400
Nelayan Indonesia Jadi Jutawan Jual Muntah Paus
Durian Kampung Tak Sesuai Jual Timbang
6 Peniaga Sibuk Cari Rezeki Dicekup Ponteng Solat Jumaat
Keyboard Warrior Tuduh Polis Minta Duit Didenda Rm2,000
Halang Anggota Mpsj, Amoi Stereng Lock Didenda Rm3,000
Lelaki Sekadar Miliki Spm Didakwa Jual Ijazah Uitm Palsu
Sudah 30 Tahun Jual Belalang Goreng Di Pasir Puteh
Cikgu Bahasa Melayu Didenda Rm100 Hantar Whatsapp Tak Sopan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 49
Peniaga Bazar Ramadan Didenda Rm1,500 Jual Kuih Tercemar
sukawg
113628
Forum Jump: