Peniaga Durian Disaman Gara-gara Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas

Offline
01-23-2018, 03:32 PM,
#1
resim
Sebahagian peniaga durian yang didakwa menyebabkan kesesakan di Jalan Raja Nazrin Shah diarah berpindah ke lokasi lain

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap empat peniaga durian di hadapan Gerai Limau Bali di Jalan Raja Nazrin Shah selepas didakwa menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, peniaga tersebut memberikan kerjasama yang baik kepada penguatkuasa MBI dengan membuka sendiri khemah yang dipasang serta berpindah ke lokasi lain.

Datuk Bandar, Datuk Zamri Man berkata, MBI akan mengenakan tindakan sita serta denda maksimum sebanyak RM100 di bawah Akta 133 sekiranya ianya masih berulang.

Menurutnya, MBI sangat tegas dalam isu berniaga tanpa lesen di sekitar bandaraya Ipoh.

"Sepanjang tahun lalu, MBI telah mengambil tindakan sitaan sebanyak 1,022 bernilai RM109,190.

"Tindakan kompaun adalah usaha terakhir setelah usaha-usaha measihati gagal," katanya.

Zamri yakin Ipoh akan terus kekal sebagai bandar yang terbersih di Malaysia dan MBI sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di negara ini dengan kerjasama erat antara MBI dan warga Ipoh. - Sinar

Possibly Related Threads...
Wanita Ditahan Gara-gara Letak Nota Minta Ambulans Dialihkan
Usus Terkeluar Dari Dubur Gara-gara Duduk Lama Di Tandas
Pau Bentuk Durian Pula Jadi Viral
Terpaksa Tutup Restoran Gara-gara Viral Caj Mahal
Nugget Mcdonalds Dikesan Dijual Online, Peniaga Dakwa Original
Peniaga Online Kena Tembak Kembali Aktif Live Di Facebook
Kopi Durian: Berat Peket Bertambah 10g Dengan Serbuk Warna Hijau
Kopi Durian Bercampur Dadah Mungkin Didalangi Sindiket
Kopi Durian: Ada Wanita Cina Beri Sebelum Hilangkan Diri, Mungkin Dicampur Dadah
Kopi Durian: Sekali Hirup Terus Pening Kepala, Kata Mangsa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 35
Peniaga Durian Disaman Gara-gara Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas
sukawg
115343
Forum Jump: