Peniaga Naikkan Harga Barang Gara-gara Jerebu

Offline
10-03-2015, 04:57 PM,
#1
resim

Tak tahu bila masalah jerebu akan berakhir. Kalau ikutkan kenyataan Jabatan Alam Sekitar, cuaca di seluruh negara akan kembali pulih minggu depan.

Harap-harap apa yang diramalkan itu betul sebab semakin lama jerebu 'bersarang' di negara ini, semakin banyak kesempatan yang akan diambil sesetengah pihak khususnya peniaga.

Ini bukan cerita main-main apalagi hendak membuat tuduhan tak tentu hala terhadap golongan peniaga. Ini semua datang daripada golongan peniaga sendiri yang kononnya terpaksa menaikkan harga ekoran jerebu yang melanda negara.

Khabarnya, pencemaran udara akibat jerebu telah menyebabkan haiwan-haiwan ternak seperti ayam menjadi tidak sihat dan kerja-kerja memasarkan haiwan ternakan juga terpaksa dikurangkan. Kesannya, harga ayam dijangka akan dinaikkan sebanyak 60 sen sekilo berbanding harga sekarang RM4.20 sekilo.

Samalah juga dengan peniaga ikan, harga sedia ada pasti akan bertukar pada masa terdekat ini kononnya bukan kehendak mereka tetapi gara-gara jerebu, nelayan tidak berani hendak turun ke laut.

Mereka sendiri memberitahu seramai lebih 500 nelayan di selatan Terengganu tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan. Entahiya entah tidak.

Jangan lupa dengan peniaga sayur yang hanya menunggu masa sahaja untuk menaikkan harga jualan yang pasti menggunakan alasan jerebu.

Apa lagi yang tak naik akibat jerebu? Golongan peniaga yang suka mengambil kesempatan seperti ini akan cuba merekacipta sesuatu yang pasti akan dikaitkan dengan jerebu untuk menaikkan harga jualan.

Sebelum ini GST dikaitkan menjadi punca harga barang terpaksa dinaikkan. Sampai ke hari ini, tidak ada seorang rakyat pun yang puas hati dengan alasan GST untuk menaikkan harga barang.

Namun peniaga tidak peduli keluhan rakyat kerana kononnya mereka terpaksa berbuat menaikkan harga atau kalau tidak mereka yang tanggung kerugian.

Esok atau lusa, mereka akan menaikkan lagi harga barang atas sebab jerebu. Kita tunggu dan lihat bagaimana bijaknya golongan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang daripada jerebu.

Rakyat pasti akan mengeluh sekali lagi jika benarlah rancangan golongan peniaga ini direalisasikan. Tak pasti bila tetapi pihak kementerian yang menjaga hal ehwal pengguna wajarlah bertindak awal dan memikirkan segala kemungkinan yang akan diambil kesempatan oleh peniaga.

Jangan tunggu sampai harga dinaikkan sebab kalau dah naik, maka susahlah nak turun. Sudahnya, rakyat yang merana. - MalaysiaGazette

Possibly Related Threads...
19~25 Oktober: Harga Petrol, Diesel Naik 1 Sen
Peniaga Online Dikecam Buat Demo Cabut Bulu Ketiak Live
Anak Tiada Dokumen Gara-gara Ibu Bapa Terlanjur Dan Tak Mahu Kahwin
12~18 Oktober: Harga Petrol Turun 3 Sen, Diesel Turun 7 Sen
Warga Emas Ditahan Gara-gara Beli Pistol Tembak Cicak
Jari Putus Tersepit Pintu Gara-gara Bergurau Dalam Kelas
Presiden Jokowi Terpaksa Berjalan 2km Gara-gara Kesesakan Jalanraya
Peniaga Tawar Makan Percuma Selamanya Jika Hafal 30 Juzuk Al-quran
5~11 Oktober: Harga Petrol Naik 3 Sen
Diploma, Ijazah Uitm Palsu Pada Harga Serendah Rm1,000



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 443
Peniaga Naikkan Harga Barang Gara-gara Jerebu
sukawg
98694
Forum Jump: