Penjual Satay Ditangkap Khalwat

Offline
09-30-2015, 04:22 PM,
#1
resim
PASANGAN yang ditangkap khalwat.

Alor Gajah: Penjual satay dan pasangannnya seorang wanita warga asing, ditangkap berkhalwat oleh kariah Masjid Kampung Londang di Masjid Tanah, di sini, 12 tengah malam tadi.

Sumber berkata, peniaga satay berusia 35 tahun dan pasangannya awal 30-an itu tinggal sebumbung seperti pasangan suami isteri, dipercayai menyewa sebuah rumah di kampung itu sejak empat bulan lalu.

Sebelum ini, lelaki terbabit dipercayai membelasah ibunya yang berusia lewat 60-an kerana menegur perbuatannya yang tinggal serumah bersama pasangannya tanpa ikatan sah.

Difahamkan, ibu lelaki terbabit sendiri memaklumkan tingkah laku anaknya kepada kariah masjid dan polis selepas dibelasah, sebelum pemeriksaan ke atas rumah di diami pasangan terbabit dilakukan.

Pasangan terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut. - Metro

Possibly Related Threads...
Lelaki Kepenatan Bekerja Minta Tunang Urut Pinggang, Dicekup Khalwat
Dicekup Khalwat Dengan Cikgu, Hakim Arah Siswa Hafal Surah
Penjual Burger Didakwa Perkosa 2 Anak Gadisnya
Lelaki Nafsu Songsang Ditangkap Intai, Rakam Lelaki Sedang Mandi
Gadis Sanggup Terbang Dari Sabah Ke Kl Sebelum Dicekup Khalwat Di Hotel Murah
Pasangan Gay Dicekup Khalwat Sudah Jalani Hukuman Sebat
Pasangan Gay Viral Ditangkap Mungkin Kena 100 Sebatan
Viral Pasangan Gay Dicekup Khalwat
3 Pasangan Remaja Dicekup Khalwat Dalam Kedai Makan Terbiar
Wanita Diarak Bogel Lepas Ditangkap Berasmara Dengan Suami Orang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 462
Penjual Satay Ditangkap Khalwat
sukawg
98617
Forum Jump: