Penunggang Ditahan Guna Nombor Plat Happy New Year 2018

Offline
01-01-2018, 03:21 PM,
#1
resim
WAN Jamil (kanan) menunjukkan nombor plat 'Happy New Year 2018' yang digunakan seorang penunggang motosikal. FOTO Farah Suhaidah Othman

REMAJA ditahan dalam Ops Trafik dijalankan di Ipoh selepas didapati melakukan kesalahan mempamer nombor plat ‘Happy New Year2018’ pada motosikalnya, hari ini.

Remaja berusia 17 tahun itu memberikan alasan dia menukar nombor platnya hanya sekadar suka-suka disebabkan mahu menyambut ambang tahun baru bersama rakan-rakannya.

“Sya buat nombor plat ini dengan harga RM17 dan saja suka-suka sebab hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan, bukan ada niat lain.

“Ini kali pertama saya ditahan, saya dah serik untuk ulangi kesalahan sama lagi,” katanya ketika ditemui selepas ditahan di Unit Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Jalan Chamberlain, di Ipoh, awal pagi tadi.

Operasi bermula 10 malam dan berkakhir pada 5 pagi tadi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di dua lokasi berasingan iaitu di Falim dan Jalan Kledang Utara.

Dalam operasi itu, seorang Inspektor polis berusia 28 tahun cedera di muka, kedua tapak tangan dan kaki kiri selepas dirempuh sekumpulan mat rempit ketika menjalankan operasi berkenaan di Jalan Kledang Utara berhampiran sebuah stesen minyak.

Sementara itu, Ketua JSPT negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, operasi itu membabitkan 11 pegawai dan 60 anggota JSPT negeri selain pegawai dan 15 anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Katanya, dalam operasi itu pihaknya menahan 30 penunggang motosikal manakala 23 motosikal disita atas pelbagai kesalahan trafik.

"Daripada jumlah penunggang yang ditahan, 117 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Dua daripada penunggang ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu manakala tiga motosikal ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam sidang media di Unit Penguatkuasa Trafik IPD Ipoh, Jalan Chamberlain, Ipoh, hari ini.

Wan Jamil berkata, dalam operasi itu juga, pihaknya turut mengesan tiga lelaki yang didapati positif dadah jenis ganja dan ditahan untuk siasatan lanjut. - Metro

Possibly Related Threads...
Pegawai Sprm Ditahan Cabul Isteri Orang
Penunggang Motor Bogel Sudah Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
Viral Penunggang Motosikal Berbogel Di Teluk Intan
Janda Terima Surat Bersama Cd Lucah, Lelaki Ditahan
Gadis Ditahan Lepas Buang Bayi, Hasil Benih Bapa Tiri
Lelaki Ditahan Libas Kekasih Dengan Rantai Gergaji, Rogol
Bapa Ditahan Perkosa Anak Sendiri Hingga Mengandung Di Penang
Wanita Ditahan Polis Kerana Pakai Seluar Nipis, Disangka Telanjang
Lelaki Ditahan Pandang Wanita Sambil Onani Di Restoran Di Kajang
Gadis Universiti Jadi Escort Girl Ditahan, Caj Rm300 Sejam



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 91
Penunggang Ditahan Guna Nombor Plat Happy New Year 2018
sukawg
114829
Forum Jump: