Penunggang Motor Bogel Sudah Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan

Offline
01-06-2018, 03:40 PM,
#1




resim
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman dikesan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di pekan Teluk Intan.

IPOH - Lelaki yang menunggang motosikal secara bogel di pekan Teluk Intan, semalam telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kerana mengalami gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, warga tempatan berusia 30-an itu dibawa sendiri oleh ahli keluarganya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, lelaki itu memang mempunyai rekod rawatan gangguan mental.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang ketua polis balai, semalam selepas kejadian seorang lelaki menunggang motosikal tanpa pakaian tular di media sosial.

"Daripada maklumat, kita lakukan siasatan dan berjaya mengesan individu terbabit," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, seorang lelaki mencetuskan kekecohan di pekan Teluk Intan apabila menunggang motosikal tanpa mengenakan sebarang pakaian dan topi keledar.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 petang itu tular di media sosial apabika gambarnya dalam pelbagai sisi dikongsi di Facebook dan WhatsApp.

Turut dikongsi video berdurasi 20 saat menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal. - Sinar

Possibly Related Threads...
Gadis Ditipu Bayar Deposit Untuk Kerja Jual Tubuh
Sudah Ada Isteri Untuk Seks Halal, Tapi Pilih Perkosa Anak Tiri
Janda Didakwa Lepas Tunjuk Punggung Untuk Promosi Krim Pemutih Di Facebook
Viral Penunggang Motosikal Berbogel Di Teluk Intan
Penunggang Ditahan Guna Nombor Plat Happy New Year 2018
Lelaki Ugut Sebar Gambar Bogel Kekasih Didenda Rm5,000
Wanita Ditemui Mati Separuh Bogel
Amoi Serah Gambar Bogel Lepas Dijanjikan Rm15,000
Banyak Kes Gambar Bogel Sudah Viral Tapi Tak Dilaporkan
Lepas Myvi Rosak, Dibelikan Honda, Kini Amoi Diugut Sebar Gambar Bogel Pula



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 101
Penunggang Motor Bogel Sudah Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
sukawg
114956
Forum Jump: