Penunggang Yamaha R6 Maut Kemalangan Di Port Dickson

Offline
10-12-2017, 04:04 PM,
#1
resim
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian leher.

PORT DICKSON - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam keadaan mengerikan apabila motosikal jenis Yamaha R6 yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 19.5 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kepala mangsa, Mohd. Faiz Ismail, 35, hampir putus kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian leher selepas motosikalnya bergesel dengan pembahagi jalan di tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang beralamat di Rantau Panjang, Selangor dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Port Dickson ketika kemalangan itu berlaku.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal berkuasa tinggi itu gagal mengawal kenderaannya lalu bergesel dengan pembahagi jalan di tengah lebuh raya itu.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian leher sebelah kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian. Lokasi kemalangan merupakan jalan lurus tiga lorong," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -- Kosmo


resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Warga Tua Maut Pondok Dihempap Pokok Durian
Pelajar Lelaki Maut Jatuh Tingkat 5 Asrama Perempuan Unimap
Wartawan Penyiasatan Terkenal Maut Diletupkan
2 Maut, 10 Cedera Lepas Van Kilang Dirempuh Myvi
Lelaki Maut Besi Penghadang Jalan Tembus Toyota Avanza
Pelajar Jatuh Langgar Myvi Sebelum Maut Digilis Satu Lagi Myvi
Gara-gara Tak Balik Rumah, Suami Maut Ditikam Isteri
Pilot Maut Pesawat Ringan Terhempas Dalam Sungai Di Tangkak
2 Polis Trafik Maut: Kelindan Positif Ganja, Pemandu Negatif Dadah
2 Polis Trafik Maut Dirempuh Lori Pikap Ketika Konvoi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 21
Penunggang Yamaha R6 Maut Kemalangan Di Port Dickson
sukawg
113270
Forum Jump: