Penuntut Kuin Hilang Ditemui Atas Bumbung Dakwa Kena Sorok Jin

Online
09-29-2015, 09:17 PM,
#1
resim
Suasana selepas Nurul Nadwa ditemui di KUIN malam tadi. FOTO ihsan pembaca

Alor Setar: Misteri kehilangan penuntut Program Asasi Pengajian Islam Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kampus Kuala Ketil, Baling, dekat sini, sejak enam hari lalu terjawab apabila dia ditemui dalam keadaan selamat di atas bumbung bangunan di kolej berkenaan , malam tadi.

Difahamkan, Nurul Nadwa Tajul Urus, 19, hilang sejak petang Rabu lalu sebelum dijumpai di atas bumbung bangunan Pusat Asasi yang terletak tidak jauh dari bangunan asrama wanita kira-kira 11.30 malam.

Dia dikatakan ditemui dalam keadaan sejadah dan al-Quran di sisinya.

Keluarga penuntut terbabit menanti kepulangan anak ketiga daripada tujuh beradik itu untuk pulang ke rumah di Padang Serai, Kulim sempena Aidiladha, namun sehingga lewat malam pada Rabu lalu, dia tidak pulang.

Berikutan itu, mereka nekad mencarinya di asrama penuntut wanita, tetapi gagal. Malah, panggilan telefon juga tidak dijawab menyebabkan keluarganya bimbang dengan keselamatannya.

Pada masa sama, kehilangan Nurul Nadwa terus menjadi misteri menyebabkan seluruh warga KUIN diarahkan solat hajat dan melakukan pencarian di sekitar kampus KUIN dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pencarian itu membuahkan hasil apabila oleh seorang pegawai kolej terbabit yang juga ustaz mendakwa melihat penuntut terbabit seperti tidak dapat melepaskan diri berikutan dikurung oleh jin dalam bilik kuliah di Pusat Asasi.

Difahamkan, tiada individu lain boleh melihat pelajar terbabit melainkan ustaz itu, selain tidak dapat merobohkan 'pagar' dibuat jin berkenaan melainkan dengan pertolongan semua pihak menerusi solat hajat dan bacaan ayat al-Quran.

Ibu Nurul Nadwa, Zunaidah Hashim, 48, berkata, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana membantu pencarian anak gadisnya yang hilang secara misteri sejak Rabu lalu.

"Saya berharap semua pihak memahami situasi ini kerana bukan kejadian jenayah dan kami tidak mahu memperbesarkan hal ini.

"Kami juga tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia adalah ketentuan Allah SWT dan bersyukur Nurul Nadwa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Sementara itu, jurucakap KUIN ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, namun pihaknya berterima kasih kepada mereka yang terbabit dalam pencarian pelajar perempuan berkenaan sambil berharap tiada pihak cuba memanjangkannya. - Metro

Quote:[ INFO KEHILANGAN ]
~ Berita terkini ~

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T atas izin dan limpah kurnianya pelajar muslimat, Nurul Nadwa Binti Tajul Urus daripada Kuliyyah Asasi yang dilaporkan hilang pada hari Rabu lepas telah berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat selepas operasi mencari dilakukan secara besar-besaran pada pukul 10 malam tadi kerana dipercayai disembunyikan oleh makhluk halus(jin). 

Operasi mencari dilakukan selepas selesai Majlis Bacaan Yasin dan Doa Munajat kepada Allah S.W.T bagi membuka jalan dan mempermudahkan operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemui di Bangunan Kuliyyah di tingkat atas selepas dimaklumkan oleh seorang ustaz yang pakar dalam bidang Perubatan Islam.

https://www.facebook.com/mpmkuin/posts/10153799471828643
resim
resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Pemuda Tumpang Tidur Rumah Rakan Ditemui Rentung
Lompat Atas Jemaah Sedang Sujud, Curi Dompet, Telefon Bimbit
Ibu Tunggal Rugi Rm5,000 Dipukau Wanita Dakwa Dari Pejabat Agama
Belah Perut Buaya, Cari Lelaki Hilang Di Sarawak
Kena Tipu Bomoh, Ahli Perniagaan Rugi Hampir Rm1 Juta
4 Ditemui Rentung Di Sepang, Dibunuh Sebelum Rumah Dibakar
Nota Dilempar Luar Tingkap Bongkar 5 Beradik Kurus Kering Kena Kurung
Pencuri Mati Dibunuh, Mayat Ditemui Dalam Parit Depan Stesen Petron
Wanita Dilarikan 3 Lelaki Naik Mercedes Ditemui Selamat
Mayat Mangsa Lemas Berjaya Ditemui Guna Pancing, Mata Kail Melekat Di Bibir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 973
Penuntut Kuin Hilang Ditemui Atas Bumbung Dakwa Kena Sorok Jin
sukawg
98601
Forum Jump: