Perbezaan Antara Air Mazi , Air Mani Dan Air Wadi Untuk Wanita.

Offline
06-26-2014, 08:14 AM,
#1
resim









Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak
syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci.

Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.




Video Hiasan






Possibly Related Threads...
Benarkah Air Mani Boleh Jadi Masker?
Majikan Prihatin Tawar Bonus Untuk Bermalam Dengan Pelakon Lucah?
Tiada Lagi Ujian Dara Untuk Pelajar Lepasan Sekolah Indonesia
Tips Mencium Payudara Wanita Supaya Bertambah Nikmat.
Tiga(3) Cara Berkesan Untuk Menahan Pancutan Air Mani.
Nafsu Seks Wanita Lebih Tinggi Pada Peringkat Usia 30-an Dan Awal 40-an Disebabkan.
Berikut Disenaraikan Gugusan Kehendak Wanita Dari Segi Seks.
14 Tips Menggoda Suami Untuk Menaikkan Nafsu Suami.
Bahagian Tubuh Lelaki Yang Menghairahkan Wanita.
Petua Mengenali Sifat Wanita Ganas Di Ranjang Ini Hanya Sesuai Dibaca Oleh Mereka..



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 2770
Perbezaan Antara Air Mazi , Air Mani Dan Air Wadi Untuk Wanita.
Reez Ramsey
86573
Forum Jump: