Perisik Barat Guna Cicak Untuk Intip Aktiviti Nuklear Iran

Offline
02-13-2018, 09:26 PM,
#1
resim
Sumpah-sumpah antara spesies reptilia gurun yang didakwa digunakan perisik Barat untuk mengintip program nuklear negara Iran.

TEHRAN: Bekas ketua staf tentera Iran hari ini memaklumkan perisik Barat menggunakan cicak yang mampu menarik gelombang atom untuk mengintip program nuklear negara itu.

Penasihat ketenteraan kanan pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, Hassan Firuzabadi berkata demikian ketika menjawab soalan media tempatan mengenai penahanan beberapa pengkaji alam sekitar di negara itu baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak mengetahui perincian kes itu, namun mendakwa Barat sering menggunakan pelancong, saintis dan pencinta alam sekitar untuk mengintip Iran.

"Beberapa tahun lalu, ada individu datang ke Iran bagi mengutip bantuan untuk Palestin. Kami curiga dengan laluan pilihan mereka.

"Mereka memiliki pelbagai jenis spesies reptilia gurun seperti cicak dan sumpah-sumpah. Kami mendapat tahu bahawa kulit haiwan ini menarik gelombang atom.

"Mereka adalah pengintip nuklear di Iran yang mahu mencari lombong uranium serta lokasi aktiviti nuklear negara ini," katanya kepada agensi berita ILNA.

Kenyataan itu dibuat susulan berita pencinta alam sekitar keturunan Iran-Kanada, Kavous Seyed Emami maut di dalam penjara selepas ditahan bersama beberapa ahli kumpulan NGO hidupan liar beliau bulan lalu. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Tok Mun Cadang Tanding Pru14, Mahu Guna Simbol Istana Pula
Beli Hartanah Untuk Jual Semula Tidak Lagi Boleh Buat Untung Besar
Bookie Tawar Rm300,000 Untuk Kalah, Sedangkan Hadiah Kemenangan Cuma Rm23,000
Bookie Tawar Rm100,000 Untuk Atur Final Piala Malaysia
Tertinggal Iphone Dalam Kereta, Penumpang Uber Kena Pau Rm300 Untuk Pulang Semula
Robin Hood Moden, Rompak Klinik, Culik Jururawat Untuk Suntik Vaksin Penduduk Miskin
Biarpun Tiada Tangan, Lelaki Pandai Menjahit Guna Kaki
Polis China Guna Cermin Mata Berteknologi Tinggi Kesan Penjenayah
Di Perancis, Guna Telefon Tetap Salah Walaupun Kereta Berhenti
Perlis Keluar Fatwa Larang Pukul Pasangan, Anak, Pelajar Biarpun Untuk Mendidik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
Perisik Barat Guna Cicak Untuk Intip Aktiviti Nuklear Iran
sukawg
115869
Forum Jump: