Perkara-perkara Yang Dilarang Dilakukan Di Arab Saudi

Offline
09-03-2017, 11:56 AM,
#1
resim
Pergerakan 'Dabbing' yang dilarang di Arab Saudi.

RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang remaja lelaki 14 tahun dibebaskan selepas ditahan kerana berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai kerana menari di tengah sebuah jalan sibuk.

Penahanannya bukanlah sesuatu yang mengejutkan di Arab Saudi kerana terdapat beberapa perkara tidak dibenarkan dilakukan di Arab Saudi.

Antaranya ialah membuat aksi 'dabbing'.

Awal bulan lalu, seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Abdallah Al Shahani ditahan kerana melakukan gerakan berkenaan semasa konsertnya.

Pergerakan tarian hip hop itu diharamkan di Arab Saudi kerana pihak berkuasa berkata ia merujuk kepada budaya dadah.

Dalam poster yang diterbitkan, kementerian berkaitan dadah memberi amaran kepada masyarakat tentang kesan pergerakan itu kepada remaja dan masyarakat.

Selain itu, antara yang dilarang dilakukan di negara teluk itu ialah sihir.

Pada tahun 2012, seorang lelaki Arab Saudi ditahan atas tuduhan melakukan sihir.

Tiada butiran lengkap diberikan tentang perbuatan yang disabitkan namun lelaki itu turut mengaku melakukan zina, satu lagi kesalahan jenayah di Arab Saudi.

Terdapat juga laporan yang menyebut dua orang turut dituduh atas tuduhan sihir pada tahun 2011.

Bukan itu sahaja, antara perlakuan yang diharamkan di Arab Saudi adalah membuat minuman keras kerana alkohol diharamkan di negara itu.

Pada tahun 2015, seorang warga Britain berusia 74 tahun dipenjara lebih setahun kerana membuat arak buatan sendiri namun dia dibebaskan selepas tuntutan melalui kempen dalam talian yang menggesa dia dibebaskan.

Membawa coklat beralkohol ke Arab Saudi juga adalah kesalahan di negara itu.

Seorang lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara dan 75 sebatan kerana membawa dua bar coklat mengandungi alkohol.

Antara perkara lain yang dilarang adalah memandu bagi wanita.

Pihak berkuasa bimbang, membiarkan wanita memandu akan mendorong mereka meninggalkan rumah mereka lebih kerap daripada apa yang diperlukan.

Wanita hanya dibenarkan memandu di padang pasir atau di dalam kawasan tertutup dengan kebiasaannya keluarga sering mengupah pemandu peribadi untuk membawa mereka.

Beberapa wanita telah dijatuhkan hukuman sebat selepas mereka mengadakan protes memandu untuk menonjolkan diskriminasi terhadap wanita, lapor BBC Newsbeat. - Sinar

Possibly Related Threads...
Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China
Budak Jumpa Wang Rm467,000 Terapung Di Sungai, Jika Tiada Yang Tuntut Jadi Dia Punya
14 Gambar Trend Fesyen Rambut Beruban Yang Cantik Dan Menawan
Signboard Jalan Yang Ditambah Menjadi Menarik 5 Gambar
Seni Gravity Blue Seimbangkan Batu Tepi Sungai Yang Mengkagumkan 7 Gambar
Kemalangan Sebuah Suv Murano Yang Hilang Kawalan Dan Terbabas. Pemandu Meninggal.
Sayu!!!....saudara Kita Dipalestin Yang Tidak Sempat Jamah Juadah Berbuka.
Kemalangan Melibatkan Sebuah Kereta Dan Motorsikal Yang Berlaku Di Perlis.
Orang Ramai Gempar Dengan Penemuan Mayat Reput Yang Dibalut Dengan Tilam Nipis.
Mimpi Menakutkan Yang Dialami Oleh Seorang Isteri Yang Curang.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 132
Perkara-perkara Yang Dilarang Dilakukan Di Arab Saudi
sukawg
112310
Forum Jump: