Perkosa Ramai-ramai Dalam Tandas Awam, 4 Pemuda Dipenjara 15 Tahun

Offline
11-20-2017, 02:44 PM,
#1
resim
Disember 2015 - Lima remaja lelaki yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun. FOTO Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU 20 Nov. - Empat pemuda dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol gadis bawah umur, dua tahun lalu.

Hakim, Mohd. Fauzi Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Ridzuan Mohd. Asri, Muhammad Azlan Md. Lazan dan Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, masing-masing berusia 21 tahun serta Muhammad Saiful Fauzi, 20, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mohd. Fauzi turut menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang juga seorang juvana berusia 18 tahun bagi menunggu laporan akhlak.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam bela Hussin Othman.

Pada 7 Disember 2015, kesemua tertuduh termasuk seorang juvana itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi. - Utusan

Possibly Related Threads...
Lelaki Kelantan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri Dipenjara 18 Tahun
Raba Punggung Gadis Dalam Bas, Lelaki Ditampar Sebelum Ditahan
Tentera Dipenjara 13 Tahun Perkosa Isteri Rakan Ketika Tumpang Tidur
Penyanyi Dipenjara Kerana Makan Pisang Dengan Menggiurkan Dalam Video Muzik
Tidur Bertiga Sebilik, Lelaki Perkosa Adik Ipar Tanpa Isteri Sedar
Gadis Nyaris Diperkosa Suami Sepupu Sendiri Ketika Seorang Dalam Bilik
Gadis Diperkosa Dalam Pusat Urut, Bos Sendiri Didakwa
Duda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Mengandung 5 Bulan
Gadis Boleh Dipenjara, Buat Laporan Palsu Dakwa Diperkosa
Liwat Cabul Pelajar Tahfiz, Bekas Warden Dipenjara 20 Tahun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 237
Perkosa Ramai-ramai Dalam Tandas Awam, 4 Pemuda Dipenjara 15 Tahun
sukawg
113779
Forum Jump: