Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan

Offline
07-13-2017, 10:40 AM,
#1


resim 

SINGAPURA: Harga minyak susut pada awal dagangan pagi ini apabila Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berkata ia menjangkakan permintaan minyak mentah susut tahun depan, sambil pesaingnya bakal mengeluarkan lebih banyak minyak.



Ia menunjukkan pasaran berlebihan pada 2018 di sebalik usaha untuk menyempitkan pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencecah AS$47.64 pada 0133 GMT, turun 10 cent, atau 0.2 peratus, berbanding penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$45.37 setong, turun 12 cent, atau 0.3 peratus.

OPEC lewat semalam berkata dunia memerlukan 32.2 juta tong sehari (bpd) minyak mentah daripada negara anggotanya tahun depan, susut 60,000 bpd dari tahun ini apabila pengguna meningkatkan pilihan bekalan dari luar OPEC.

Sementara itu, OPEC berkata, outputnya meningkat 393,000 bpd pada Jun kepada 32.611 juta bpd. Kenaikan dipimpin oleh Nigeria dan Libya.

Ia berlaku di sebalik janji OPEC mengurangkan output sebanyak 1.2 juta bpd antara Januari tahun ini dan Mac 2018, manakala Russia dan pengeluar bukan OPEC lain berkata akan mengurangkan separuh daripada jumlah itu. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12
Harga Minyak Naik Melambung Susulan Krisis Qatar
Harga Minyak Dunia Hampiri Usd55 Setong



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 564
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
sukawg
111369
Forum Jump: