Permulaan Belajar Forex

Offline
02-19-2011, 11:13 AM, (This post was last modified: 02-19-2011, 11:35 AM by hanizamri.)
#1
Assalamualaikum dan selamat datang ke dunia forex.

Semua orang mengimpikan sesuatu dalam hidup. Jika kekayaan yg anda impikan dan anda benar2 mahukan perubahan diri dan keluarga anda, maka forex adalah salah satu cara yg simple dan mudah utk mendapatkan wang jika anda faham kaedah2 dan cara2 ia dijalankan.
Ianya mudah kerana tidak melibatkan orang lain atau perlu berjumpa dgn orang. Hanya sebuah komputer dan talian internet. Namun begitu forex juga ada risiko kerugian jika anda tidak bersungguh-sungguh.
Jadi sebelum anda membuat keputusan utk melibatkan diri dalam dunia forex, fikirlah, adakah anda bersungguh2 utk berjaya dan bersedia belajar memahaminya?.
Kunci yg paling utama dalam perniagaan forex ini adalah sabar, tidak tamak dan belajar menganalisa kesilapan. itu saja.

Pengenalan Forex

Forex (Foreign Exchange) ialah pertukaran matawang asing. Ia juga dipanggil spot market.

Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 5000 bank dari seluruh dunia. Tiada headquarters (HQ) atau satu lokasi yang tertentu untuk melakukan transaksi pertukaran matawang. Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan secara online melalui Internet.

Transaksi harian melibatkan 3 juta trillion US Dollar. Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil sejak tahun 1995. Pelabur¬ pelabur kecil boleh berurusan dalam forex melalui 2 jenis akaun iaitu regular dan mini dengan penggunaan leverage.

Matawang yang ditawarkan
Matawang terbahagi kepada 2 iaitu major dan minor. Major ialah matawang yang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD & CAD. Minor ialah matawang¬matawang selain daripada matawang major.
p/s USD ringkasan dari United State of America Dollar.
GBP = Great Britain Pound
JPY = Japan Yen
MYR = Malaysian Ringgit
Dimana dua huruf yg pertama adalah utk negara pengeluar dan huruf ketiga adalah nama matawang.

Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan cross pair. Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair merupakan USD.

Semua currency pair yang berpasangan dengan USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.

Perbezaan FOREX dan SAHAM

SAHAM
1. Traders jual dan beli saham
2. Terdapat berpuluh¬puluh ribu saham
3. Pembeli dan penjual terhad
4. Sesetengah saham agak susah untuk dijual
5. Traders boleh trade pada masa bekerja sahaja.
6. Pasaran sehala. Kalau harga naik shj kita akan mendapat untung.

FOREX
1. Traders jual dan beli matawang
2. Terdapat 6 matawang dunia yang utama
3. Pembeli dan penjual tidak terhad
4. Senang untuk dijual beli
5. Traders boleh trade bila¬bila masa dalam tempoh 24 jam selama 5 hari berturut¬turut.
6. Pasaran 2 hala kerana melibatkan perdagangan 2 matawang yg disebut sebagai pair. Naik dan turun akan memberikan untung.

bersambung...



Possibly Related Threads...
Ketidakpastian Dalam Forex
5 Tips Utk Konsisten Dalam Forex Trading
Psychology Of Forex Trading
Forex Untuk Semua
10 Best Forex Traders In The World
Tips Untuk Elak Diri Dari Overtrade Tanpa Sedar Dalam Dunia Forex Mt4
Motivasi Untuk Trader Yang Selalu Kerugian Dalam Dunia Forex
Asking For Forex Tips
Mengapa Tidak Semua Orang Berhasil Di Forex
KENALI MATAWANG DALAM FOREX
Forex itu mudah jika anda banyak mendengar dari berkata-kata.
Join my FB for Forex Senang Discussion
Offline
02-19-2011, 11:20 AM,
#2
t.kasih tt membantu kepada newbie yg berjinak dalam forex..teruskan:heart::heart:
Offline
02-19-2011, 12:25 PM,
#3
terima kasih TT....teruskan
I LOVE WANGOLDS FORUM
skrin




I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work. ~Thomas Edison
Offline
02-19-2011, 12:50 PM,
#4
nice thread......
Big GrinBig GrinBig GrinBig GrinBig Grin
Offline
02-19-2011, 02:50 PM,
#5
nak belajar..nak belajar..pips tu apa?
wish me luck >>> crash kaboOOooOOOmmmMM
Offline
02-19-2011, 03:16 PM,
#6
(02-19-2011, 02:50 PM)irfan Wrote: nak belajar..nak belajar..pips tu apa?

PIP= price in point dan s tu beribu-ribu pip..huhu
Forex itu mudah jika anda banyak mendengar dari berkata-kata.
Join my FB for Forex Senang Discussion
Offline
02-19-2011, 05:01 PM,
#7
terima akasih
kekasih ku di bawa lari mat bangla.. gelak
Offline
02-19-2011, 08:12 PM,
#8
mantap ni TT Big Grin
Buy dekat support support support support

Trend kan my GF

Sell dekat resistance resistant resistant resistant


satusatusatu

Offline
02-20-2011, 10:48 AM,
#9
Trading Session

Terdapat 4 waktu trading yang paling utama iaitu Sydney, Tokyo, London dan New York. Berikut adalah waktu trading bagi setiap sessi dalam waktu Malaysia.

Summer(Musim Panas)

Time Zone Waktu Malaysia
Sydney 6am-3pm
Tokyo 7am-4pm
London 3pm-12am
Newyork 8pm-5am

Winter(Musim Sejuk)

Time Zone Waktu Malaysia
Sydney 5am-2pm
Tokyo 7am-4pm
London 4pm-1pm
Newyork 9pm-6am

Masa market paling aktif apabila 2 atau lebih time zone bertindih

Jenis-Jenis Market

Bagaimana Trader mendapat untung?
• Untung dikira menggunakan konsep asas perniagaan iaitu: Untung = Beli harga rendah (buy low) dan jual dengan harga tinggi (sell high)

Katakan kita beli pada harga 1.5900, dan setelah harga naik sehingga 1.6000, kita jual matawang tersebut. Oleh itu, kita telah untung 100 pip. (1.9000 – 1.8900 = 100).Bila buat penolakan anggap shj tiada titik perpuluhan.
• Trader mendapat untung dengan mengumpul pip. Pip ialah pergerakan price sebanyak 0.0001 atau 0.01 bergantung kepada currency pair yang anda pilih. Nilai 1 pip bergantung kepada jenis akaun dan lot yang anda gunakan. Anda boleh perhatikan nilai pip anda bila satu point bergerak pada profit didalam platform metatrader 4 sebagai contoh.

Terdapat 2 jenis market iaitu Bullish & Bearish.

• Bullish
Bullish bermaksud market sedang menaik atau uptrend. Trader inginkan harga naik lebih tinggi. Dalam market bullish, trader akan beli dahulu pada harga rendah (buy low first) dan jual kemudian pada harga tinggi (sell high later) untuk mendapatkan untung. Pergerakan market adalah menaik atau dipanggil rallying. Position anda untuk market bullish ialah BUY atau LONG.

• Bearish
Bearish bermaksud market sedang menurun atau downtrend. Trader inginkan harga turun lebih rendah. Dalam market bearish, trader akan jual dahulu pada harga tinggi (sell high first) dan beli kemudian beli pada harga rendah (buy low later) untuk mendapatkan untung. Konsep tetap sama, buy low dan sell high, cuma turutannya berbeza. Pergerakan market adalah menurun atau dipanggil dipping. Position anda untuk market bearish ialah SELL atau SHORT.

bersambung...


Forex itu mudah jika anda banyak mendengar dari berkata-kata.
Join my FB for Forex Senang Discussion
Offline
02-20-2011, 04:15 PM,
#10
terima kasih tt........keep work...............
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
02-26-2011, 05:40 PM, (This post was last modified: 02-26-2011, 05:41 PM by hanizamri.)
#11
Leverage

Dalam bab ini saya akan cuba terangkan semudah yg mungkin tentang leverage supaya senang difahami konsep dan tujuan leverage.

Leverage ini adalah satu bentuk pinjaman yg diberikan oleh broker utk kita melakukan trading. Sebagai cth; Jika kita ada 100usd dan kita setkan leverage 1:100 jadi utk satu nilai pip 1usd kita hanya boleh membuka 1 position saja maksima dan tiada baki free margin utk position seterusnya. Jika kita set 1:200 utk nilai pip 1 usd kita boleh buka maksima 2 position shj.

Ringkasannya adalah formula sepeti berikut
Nilai maksima position = leverage / jumlah duit
Seperti contoh pertama di atas = 100 / 100usd = 1position
cth kedua pulak = 200 /100usd = 2position.

Utk penerangan lanjut anda boleh merujuk di dalam http://www.investopedia.com/terms/l/leverage.asp atau carian google yg lain.

Forex Quotes

Forex Quotes terdiri daripada 2 matawang sbg cth GBP/USD. Matawang di sebelah kiri iaitu GBP dipanggil Base Currency dan matawang di sebelah kanan iaitu USD dipanggil Quote atau Counter Currency.
Apabila anda BUY sesuatu currency pair, anda sebenarnya membeli Base Currency dan jika anda SELL, bermakna anda menjual Base Currency.

Forex Quotes terdiri daripada 2 harga iaitu BID dan ASK.

Pembeli akan membeli pada harga yang rendah. Harga yang rendah ini dipanggil BID. (Buyer is BIDDING at lower price)
Penjual akan menjual pada harga yang tinggi. Harga yang tinggi ini dipanggil ASK. (Seller is ASKING for a high price)

Spread ialah perbezaan di antara BID dan ASK. Spread ialah bayaran yang dikenakan oleh broker ke atas setiap transaksi jual/beli yang dilakukan oleh trader. Hanya spread saja yg kita perlu bayar kepada broker utk melakukan urusan transaksi buy&sell dan juga kemudahan menggunakan platform utk bertrading.

bersambung...

Forex itu mudah jika anda banyak mendengar dari berkata-kata.
Join my FB for Forex Senang Discussion
Offline
02-27-2011, 12:03 PM, (This post was last modified: 02-27-2011, 12:04 PM by hanizamri.)
#12
Jenis-Jenis Order

Market Order
Market order ialah order untuk BUY atau SELL pada harga semasa.

Limit Order (Take Profit Order)
Limit order ialah order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan harga tertentu untuk anda close position anda.
Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.6000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Order atau Take Profit anda pada harga 1.6020. Apabila harga naik mencecah 1.6020, position anda akan ditutup secara automatik.

Stop Order (Stop Loss Order)
Stop Loss order ialah order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.6000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi jika harga turun lebih rendah daripada 1.6000, anda akan rugi. Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.5980. Apabila harga turun sampai 1.5980, position anda akan ditutup dan anda akan rugi 20 pip sahaja.
Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih daripada itu.

Buy Stop dan Buy Limit Order
Buy Stop order ialah order untuk anda BUY pada mana¬mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
Buy Limit order ialah order untuk anda BUY pada mana¬mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

Sell Stop dan Sell Limit Order
Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana¬mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana¬mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

Jenis¬-Jenis Trader

1: Scalper
Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit, selalunya kurang daripada 10 pip untuk setiap trade.
Scalper selalunya trade lebih daripada 10 kali dalam sehari.
Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak position dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap position.

2: Swing Trader
Position dibuka lebih daripada 24 jam, mungkin 2 hari, 2 minggu, 2 bulan atau sebagainya.
Merupakan mid¬term & long¬term trader.
Mereka lebih suka trade mengikut arah trend, terutamanya trend yang besar (major trend pada timeframe 4 hour atau daily dan sebagainya).
Trader akan dikenakan daily interest atau swap apabila position mereka dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam.
Utk yg beragama Islam, ada platform yg menawarkan free interest atau swap ini jika dibiarkan position lebih dari 24jam.


3: Day Trader
Position dibuka tidak lebih daripada 24 jam

bersambung...
Forex itu mudah jika anda banyak mendengar dari berkata-kata.
Join my FB for Forex Senang Discussion
Offline
02-27-2011, 07:04 PM,
#13
mukadimah yg menarik..
Take it easy, but take it..
Offline
02-27-2011, 11:37 PM,
#14
lagi masta..tgh copy ltak kt word neh,,
Offline
03-06-2011, 08:03 PM, (This post was last modified: 03-06-2011, 08:27 PM by hanizamri.)
#15
Cara Mendapat Untung

Cara 1: Luck/Tuah
Anda bertuah dan bernasib baik jika anda mendapat untung daripada trading anda, tetapi anda tidak tahu apa yang anda lakukan. Nasib tidak akan menyebelahi kita sepanjang masa. Akan sampai masa di mana anda tidak bernasib baik dan hilang semua modal anda.

Cara 2: Mentor
Anda belajar melalui mentor/guru dan mendapatkan maklumat yg betul tentang semua aspek mengenai FOREX. Paling penting, anda harus belajar 2 perkara iaitu:
a) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda enter position dan bagaimana caranya.
b) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda close position dan kenapa anda close position tersebut.

Jenis-jenis Chart

Terdapat 3 jenis chart yang popular iaitu bar chart, candlestick chart dan juga line chart.
   
Candlestick chart menjadi pilihan ramai trader.
Setiap candlestick mewakili pergerakan price bagi sesuatu masa. Contohnya, setiap candlestick pada chart 1 Hour mewakili pergerakan price untuk tempoh 1 jam.

Ada dua jenis Candlestick pada chart iaitu Bullish CandleStick dan Bearish CandleStick
   
Bullish candlestick ialah candle yang dibuka pada harga rendah dan ditutup pada harga tinggi.
Bearish candlestick ialah candle yang dibuka pada harga tinggi dan ditutup pada harga lebih rendah.

Jenis-jenis Analysis

Kaedah yang digunakan untuk menganalisis kesan matawang dan membuat keputusan buy/sell jatuh ke dalam dua kategori yang sangat luas:

1) Analisa fundamental dan
2) Analisa teknikal.

Analisis fundamental melibatkan cara menganalisis sifat-sifat matawang dari segi nilainya terhadap kesan ekonomi, perbankan dan pengurusan matawang oleh negara pengeluar tersebut.

Analisis teknikal mengambil pendekatan yang sama sekali berbeza, tidak peduli sedikit pun tentang "nilai" yg disebutkan di atas dan hanya tertumpu pada pergerakan harga di pasaran/chart.

Analisa teknikal benar-benar hanya kajian tentang supply(tawaran) dan Demand(permintaan) di pasaran dalam usaha untuk menentukan apa arah, atau trend yg akan berterusan di masa depan. Dengan kata lain, analisis teknikal berusaha memahami emosi di pasaran dengan mempelajari pergerakan pasaran/chart itu sendiri.

bersambung...
Forex itu mudah jika anda banyak mendengar dari berkata-kata.
Join my FB for Forex Senang Discussion



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 299 <<>> Dilihat: 28937
Permulaan Belajar Forex
hanizamri
1780
Forum Jump: