Perniagaan Mlm Adalah Perniagaan Orang Malas(?)

Offline
12-23-2013, 08:29 AM,
#1
resim


Pasti ramai tersentap dengan tajuk diatas. Baca dulu sampai habis apa yang ingin disampaikan. Benarkah, bisnes MLM atau Multi Level Marketing merupakan bisnes untuk orang malas?

Sebabnya ialah ada yang buat bisnes ini promosikan ia sedemikian. Dakwa orang-orang ini, kalau mahu buat bisnes yang mudah, yang boleh goyang kaki, hari-hari masuk duit tanpa perlu kerja keras - maka sertailah bisnes MLM.

Bohong, semua itu bohong. Bisnes MLM bukan untuk mencari mereka yang malas bekerja, tetapi bisnes ini mencari mereka yang perlu kuat bekerja. Kalau anda tidak kerja keras, anda tidak akan dapat hasil.

Usah terpedaya dengan janji mereka yang mengatakan buat bisnes MLM boleh kaya dan untung cepat tanpa usaha keras. Itu janji palsu yang disebarkan hanya untuk merekrut orang bawahan. Target mereka hanyalah mahu dapatkan komisen keahlian yang sebenarnya bukan satu tujuan dalam bisnes MLM.

Ya, mungkin ada di antara anda skeptikal dengan bisnes MLM ini, seperti juga saya.








Banyak produk MLM adalah produk yang bagus, tapi marketing yang salah telah membuatkan produk-produk ini terjual secara paksa, dan bukan atas sebab ia merupakan satu produk yang elok untuk dicuba.

Bisnes MLM bukan bisnes orang malas, ia merupakan bisnes untuk mereka yang rajin usaha mempromosikan produk-produk yang tersedia oleh pihak syarikat MLM. Kalau anda mahu goyang kaki dan makan komisen hasil ahli, baik lupakan.

Bukan apa, niat anda tu dah salah, maka cara juga akan jadi salah.

Dalam bisnes, dalam perniagaan, produk itu yang perlu diutamakan. Elak janji perkara tak betul, tapi kongsikan perkara yang bermanfaat yang boleh dapat dari produk.

Oh ya, satu lagi, pilih syarikat MLM yang ada ciri-ciri yang menonjolkan produk; sebab kalau sudah syarikat itu menggalakkan ahli-ahli cari ahli baru, maka ia jadilah sebuah syarikat yang berpaksi kepada duit semata dan bukan produk bermutu.

Elak tertipu.



Video Hiasan





Possibly Related Threads...
Koleksi Mutiara Kata Orang Malas
Tujuh (7) Kesilapan Yang Selalu Orang Buat Ketika Di Awal Alam Pekerjaan.
Isteri Saya Malas Nak Solat
10 Kelebihan Orang Bersellawat
9 Orang ‘siti’ Yang Patut Wanita Contohi
Bila Orang Kata Kamu Tut,tut,tut...
5 Orang Yang Akan Dilindungi Allah S.w.t



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 865
Perniagaan Mlm Adalah Perniagaan Orang Malas(?)
Reez Ramsey
80336
Forum Jump: