Perompak Lepaskan Tembakan Ke Udara Lepas Samun Barang Kemas Rm600,000

Offline
09-29-2015, 04:31 PM,
#1
Pautan video fb: https://goo.gl/veWvhH


resim
SEORANG daripada empat perompak melepaskan tembakan ke udara ketika melarikan diri menaiki motosikal selepas merompak kedai emas di Taman Chai Leng, Perai. FOTO ihsan pembaca

Perai: Perompak melepaskan satu das tembakan ke udara selepas menyamun sebuah kedai emas dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM600,000 di Jalan Medan Kurau 1, Chai Leng Park, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, dua pekerja sedang berada di dalam kedai sebelum diserbu tiga lelaki lengkap bertutup muka menggunakan bertopi keledar 'full face'.

Dua daripada suspek menggunakan senjata tukul besi memecahkan cermin kaca pameran kedai sebelum melarikan diri bersama barangan kemas.

Seorang daripada mereka menunggu di luar kedai dengan memegang dua pucuk pistol di kedua-dua tangannya sebelum melepaskan tembakan amaran dan melarikan diri menggunakan dua motosikal.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan polis masih memburu kesemua mereka. - Metro

Quote:Tempat kejadian. 
Kam Hoe jewellery, Chai Leng Park, Perai,P.Pinang.

Mangsa:
1.Ng Weng Keng
2.Lim Kheng Lin

Keterangan kes:
Pada jam lebih kurang 1134hrs@ 29)9/15 semasa mangsa(sebagaimana para di atas) berada di dalam kedai emas,secara tiba2 masuk tiga orang lelaki,meluru kearah cermin pameran barang kemas,terus memecahkan cermin dgn menggunakan dua tukul besi dan terus mengambil barang2 kemas. Ketiga tiga suspek terus melarikan diri dengan dua buah m/sikal yg sedia menunggu di luar.semakan cctv kedai dapati (3) suspek masuk kedalam kedai memakai helmet full face,dua daripada suspek menggunakan senjata tukul besi memecahkan cermin kereta manakala (1) suspek menunggu di luar kedai. Nampak dengan jelas (1) suspek yg menunggu di luar kedai memegang dua pucuk pistol di tangan kiri dan kanan dan telah melepaskan satu tembakan ke udara. Kejadian berlalu lebih kurang dua minit dan suspek kemudiannya melarikan diri dgn menggunakan dua buah m/sikal.

Kerugian: barang kemas lebih kurang 600k.

Tindakan Polis:
1. Maklum pihak forensik/ K9 
Perkembangan lanjut menyusul.


Possibly Related Threads...
Jenayah Samun, Bunuh, Rogol Semakin Meningkat Di Kelantan
Lelaki Kanibal Serah Diri Lepas Bosan Makan Daging Manusia
Wanita Maut Lepas Terjun Ketika Polis Buat Serbuan Di Jalan Ipoh
Badan Ibu Bersalin Terpotong Dua Lepas Tersepit Lif Di Hospital
Lelaki Alim Berjubah Samun Budak Dalam Surau
Gadis Ditetak Teman Lelaki Lepas Cemburu Ada Lelaki Lain
Budak Hilang Dilarikan Lepas Rumah Diceroboh, Sudah Ditemui
Abang Putus Tangan Ditembak Adik Lepas Syak Jalin Hubungan Dengan Isterinya
Potong Tak Lepas, Myvi Remuk Tinggal Separuh Bertembung Lori
Cikgu Patah Jari Lepas Pelajar Hayun Kerusi Di Melaka
Offline
09-29-2015, 05:59 PM,
#2


Offline
09-30-2015, 11:35 AM,
#3
dah dapat katanye

resim
resim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 2 <<>> Dilihat: 696
Perompak Lepaskan Tembakan Ke Udara Lepas Samun Barang Kemas Rm600,000
sukawg
98599
Forum Jump: