Persatuan Stesen Minyak Mahu Kerajaan Semak Komisen Jualan

Offline
01-22-2018, 09:14 PM,
#1
resim
resim
Bumipeda berkata komisen RM0.12 sen seliter bagi petrol dan RM0.07 sen seliter bagi diesel tidak dikaji semula sejak 2008.

SHAH ALAM: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera (Bumipeda) mahu kerajaan menyemak semula kadar komisen jualan bahan api yang diberikan kepada pengusaha stesen minyak yang menurut persatuan itu sudah tidak lagi relevan dengan kos operasi pada masa kini.

Presidennya, Datuk Abu Samah Bachik berkata komisen sebanyak RM0.12 sen seliter bagi petrol dan RM0.07 sen seliter bagi diesel yang tidak dikaji semula sejak 2008 adalah tidak lagi sesuai dengan peningkatan kos operasi antaranya melibatkan penetapan pembayaran gaji asas pekerja minimum pada kadar RM1,000 sebulan di Semenanjung dan RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Selain kos pembayaran gaji pekerja, kadar tarif elektrik dan air selain komisen bagi pembayaran kad kredit kepada pihak bank turut telah meningkat sejak 2008 dan sedikit sebanyak telah meningkatkan kos operasi stesen minyak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan pertama persatuan berkenaan hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu Bumipeda mencadangkan agar kerajaan meningkatkan kadar komisen kepada 8% hingga 10% bagi 1 liter petrol dan diesel yang dijual agar pengusaha stesen minyak dapat menjana keuntungan mereka.

“Saya menerima banyak laporan sejak kebelakangan ini ramai pengusaha stesen minyak yang menanggung kerugian dan terpaksa gulung tikar akibat isu ini,” dakwanya.

Kata Abu Samah, kini terdapat 2,700 pengusaha stesen minyak Bumiputera di seluruh negara.

Bumipeda turut meminta kerajaan agar menguatkuasakan pekeliling sistem layan diri yang dikeluarkan pada 2008, katanya.

Katanya pekeliling ini perlu dikuatkuasakan sepenuhnya serta mewujudkan akta melalui Parlimen bagi memastikan persaingan sihat antara pengusaha stesen minyak.

“Stesen yang meletakkan pekerja di pam minyak selalunya menerima lebih banyak pelanggan daripada stesen yang mengamalkan sistem layan diri, ini menyebabkan mereka bersaing satu sama lain yang antara lain akan meningkatkan kos operasi berikutan perlu membayar gaji ramai pekerja,” katanya. - FMT

Possibly Related Threads...
Tok Mun Cadang Tanding Pru14, Mahu Guna Simbol Istana Pula
Kerajaan Dikecam Beri Basikal Kepada Penjawat Awam Bomba Dan Jururawat
3 Persatuan Hotel Buat Aku Janji Tak Larang Pakai Tudung
Lelaki China Bakar Duit Mahu Tunjuk Siapa Lagi Kaya
Kerajaan Banyak Tabur Janji, Tipu Genius Macam Saya, Kata Adi Putra
Kontraktor Seleweng Tar Jalan, Jual Kepada Penduduk Yang Mahu Turap Halaman Rumah
Fail Sulit Kerajaan Ditemui Dalam Laci Perabot Lama
Suami Isteri Pendatang Tanpa Izin Tapi 5 Anak Boleh Masuk Sekolah Kerajaan
Pegawai Kesihatan Mahu Periksa Jentik-jentik Dituduh Penjenayah
Gadis Dakwa Dipukau Lelaki Mahu Tukar Wang, Rugi Rm400



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 37
Persatuan Stesen Minyak Mahu Kerajaan Semak Komisen Jualan
sukawg
115328
Forum Jump: